UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 14 June 2011

PENGENALAN SISTEM TENAGA


PENGENALAN SISTEM TENAGA


Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan badminton, tenaga digunakan untuk mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di dalam aktiviti berlari dan melompat dan pergerakan yang memerlukan koordinasi dan imbangan dimana tenaga diperlukan berterusan.

Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot, merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.

Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan

Terdapat tiga sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan kepada dua iaitu sistem atp-pc dan sistem asid laktik.

Tidak ramai jurulatih dan atlit/pemain yang sedar tentang pentingnya sistem-sistem tenaga ini di dalam sesuatu permainan dan lebih mustahak lagi bagaimana caranya untuk melatih sistem-sistem tenaga ini untuk memperbaiki persembahan mereka.

SISTEM ATP-PC


ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima antar 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.

SISTEM ASID LAKTIK


Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan kelesuan.

Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil masa 45-60 saat akan membawa  kepada kelesuan. Latihan yang khusus boleh membaiki sistem ini.


SISTEM AEROBIK


Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih daripada sistem yang lain.

Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti marathon seseorang pelari mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana kehabisan bahan bakar glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin untuk menamatkan larian

SUMBANGAN SISTEM TENAGA KEPADA SUKAN

Jarang sesuatu persembahan sukan bergantung kepada hanya satu sistem tenaga untuk membekalkan ATP untuk penguncupan otot. Selalunya ketiga-tiga sistem tenaga membekal sebahagian daripada ATP yang diperlukan oleh badan kita setiap masa walaupun satu daripada sistem tersebut menguasai sesuatau aktiviti pada masa tersebut. Umpamanya, di dalam sukan olahraga, acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bakalan tenaga daripada sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem aerobik beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.

Di dalam permainan seperti badminton, bola sepak dan hoki, ketiga-tiga sistem tenaga senantiasa bertukar-ganti penguasaan mereka. Umpamanya, di dalam permainan badminton, rally pendek, mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakal perlawanan yang berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.

Sumber : http://www.slideshare.net/matiptb/t2-sistem-tenaga

Sumber: 

6 comments:

  1. teruskan usaha bro. daripada blog ini saya dapat banyak manafaat tentang info sukan. tQ

    ReplyDelete
  2. wat toe baekkk2222... ok..... GOD LUCK....

    ReplyDelete
  3. bgus bang banyak info sal sains sukan :)

    ReplyDelete
  4. ma kasih atas semua komen yg d berikan..

    ReplyDelete
  5. tp klau org yg x da pngetahuan psal sistem tnaga bca ni,dia masi blur...ini pndapat org yg tdak thu psal sistem tnga nie..tp bg sya memang lngkap...tq faizal..

    ReplyDelete
  6. appy; nie baru pengenalan.hahahahha

    ReplyDelete