UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 23 June 2011

REGIMEN PEMAKANAN YANG SESUAI

REGIMEN PEMAKANAN YANG SESUAI
KARBOHIDRAT

          Fungsi utama karbohidrat dalam metabolisma manusia untuk menyumbangkan tenaga. Sesetengah sel tubuh sebagai sel saraf dalam otak, retina dan sel darah merah. Biasanya keseluruhannya bergantung ke atas glukos dan memerlukan sumber berpanjangan. Menerusi siri reaksi, biomekanikal dala sel tubuh, glukos dioksidakan dan akhirnya ia akan mengakibatkan penerbitan air, karbon dioksida dan juga tenaga. Karbohidrat merupakan sumber untuk tenaga. Ia bukan bahan bakar utama bila badan sedang dalam keadaan rehat.        Karbohidrat menjadi bahan bakar utama untuk sesetengah tisu semasa rehat iaitu otak, sistem saraf pusat dan sel darah merah.

Karbohidrat menyumbang kepada 15 hingga 20 peratus  keperluan tenaga otot sepanjang masa rehat. Tubuh akan kehilangan penyimpanan karbohidrat yang terhad. Oleh itu lemak akan digunakan sebagai sumber tenaga di sepanjang keadaan rehat. Karbohidrat boleh digunakan sebagai pengeluar tenaga samada aerobik atau anerobik. Jika dilihat kepada sistem Asid Laktik, ATP dikeluarkan dengan cepat melalui anaerobik glikolisis tetapi untuk sistem ini ia kan berfungsi secara berterusan. Di akhir pengeluaran glikolisis, asid Piruvik mesti ditukarkan kepada Asid Laktik. Dalam sistem oksigen, penguasaan aerobik glikolisis dan juga Asid Piruvik mesti ditukarkan kepada Aetyl Co A yang mana memasuki Kitaran Kerb dan akan berlaku pemindahan sistem elektron untuk oksidasi yang sempurna dan pengeluaran ATP yang relatif dengan nilai yang besar. Untuk nilai yang sama daripada karbohidrat, metabolisma anaerobik hanya menghasilkan dua ATP bila mana metabolisma aerobik menghasilkan diantara 36 hingga 38 ATP.

Karbohidrat mempunyai sedikit sebanyak fungsi dalam tubuh bagi pengeluaran tenaga yang lain. Monosakarida boleh digunakan kepada bentuk molekul karbohidrat lain yang lebih kecil pentoses dan trioses Bahan ini boleh dicampurkan dengan nutrien lain dan bahan kimia tubuh kepada benda hidup sebagai glikolipid atau glikoprotein. Glikoprotein merupakan komponen yang sangat penting kepada membran sel. Ia dijalankan sebagai reseptor untuk menolong membaiki fungsi sel. Ribose adalah kunci pentose yang merupakan bahagian nilai mustahak  campuran dalam tubuh. Satu daripada mustahaknya ialah RNA atau Asid Ribonuvleic yang mana sebahagian penting daripada permainan anaerobik dalam sel.

Karbohidrat dihantar hampir 40% daripada keperluan tenaga keseluruhan tubuh sepanjang masa rehat dengan 15 hingga 20% digunakan oleh otot. Sepanjang latihan yang sangat ringan, lemak penting sebagai sumber tenaga tetapi ia disimpan dalam bentuk latihan yang sederhana. Karbohidrat yang digunakan meningkat kepada 50% atau lebih. Bila latihan menjadi lebih intensif, hanya apabila seseorang bekerja di antara 65 hingga 85% kapasiti, karbohidrat menjadi sumber tenaga yang telah tersedia.

          Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga untuk secara anaerobik yang mempunyai intensiti yang tinggi. Intensiti yang terakhir adalah kurang daripada satu minit dan intensiti aerobik yang tinggi pada pertandingan yang melebihi masa dua jam atau lebih. Latihan yang intensif memberi peratusan pengunaan karbohidrat yang tinggi. Apabila latihan yang dijalankan adalah lebih intensif, lama - kelamaan kandungan karbohidrat akan kehilangan. Kandungan karbohidrat seseorang mungkin mampu bertahan terhadap latihan untuk kebanyakan masa antara 40 hingga 50% Vo2 max. Ia kan berlaku hanya pada masa Vo2 max iaitu pada tahap maksimum atau supramaximal. Kelesuan berlaku dalam intensiti latihan yang sangat tinggi pada jangka masa pendek. Hanya pada masa dua atau beberapa minit meningkatkan keasidan daripada pengeluaran asid laktik secara pantas. Kelesuan yang berpanjangan daripada latihan dihubungkan dengan bekalan yang berkurangan daripada oksigen otot dan hati. Keduanya memberi kesan oleh dietri, intensiti latihan dan juga tempoh masa.

          Pengambilan karbohidrat penting untuk jangkamasa panjang bagi acara daya tahan yang melebihi 90 minit  seperti acara Tour de France.Berdasarkan kepentingan dietri karbohidrat mempertahankan keluaran tenaga yang tingggi untuk tempoh jangka masa panjang. Kebanyakan atlit dalam acara ini menggunakan diet yang kaya dengan kalori yang tinggi dalam karbohidrat pada kedua-duanya sebelum dan sepanjang latihan.

          Karbohidrat membekalkan tenaga sebagai bahan bakar untuk sukan jangka masa
panjang yang dapat dibuktikan  melalui latihan yang berintensiti tinggi seperti latihan jeda, latihan litar dan lain-lain lagi. Atlit yang menjalankan latihan seumpama itu menggunakan simpanan otot glikogen dalam fiber otot. Fast twitch mereka.

          Di samping itu juga persekitaran yang semulajadi sepanjang latihan mungkin mempengaruhi penggunaan karbohidrat. Prestasi pada altitud yang tinggi seperti persekitaran yang sangat sejuk dan sangat panas meningkatkan penggunaan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Bagaimana pun latihan latihan yang relatif kepada cuaca panas, menunjukkan tiada kesan pada kadar subjek tersebut  kerana dapat menyesuaikan  diri dengan iklim baru.
Karbohidrat sangat penting sebagai makanan untuk tenaga. Di samping itu hanya makanan itu boleh digunakan untuk pengeluaran tenaga aerobik dalam sistem asid laktik. Ia merupakan bahan bakar yang efesien untuk sistem oksigen.  Oksigen yang diperlukan untuk metabolisma  lemak dan jika kita lihat sebanyak mana kandungan kalori yang ada pada karbohidrat.

          Sepanjang latihan aerobik glikolisis, karbohidrat mampu untuk mengeluarkan ATP untuk kontraksi otot. Sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal adalah glikogen otot, khususnya dalam glikogen otot yang aktif. Apabila otot glikogen yang digunakan sepanjang latihan, glukos darah memasuki otot laluan kecil tenaga. Mengikut giliran, hati akan membebaskan sebahagian glukos untuk membantu mengekalkan atau membaiki tahap glukos darah dan mengekalkan daripada menjadi Hipoglisemia Coyle..

Simpanan karbohidrat dalam semua tubuh seperti glukos darah, hati dan otot adalah penting untuk pengeluaran tenaga di sepanjang bentuk latihan yang pelbagai. Latihan fizikal yang sesuai mustahak untuk memaksimakan penggunaan karbohidrat sepanjang latihan. Ia adalah pemakanan yang sesuai.

Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment