UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 23 June 2011

LATIHAN LITAR ( BAHAGIAN 1 )

Latihan Litar

Latihan Litar adalah satu kaedah latihan yang mengandungi beberapa  gerakerja atau aktiviti yang disusun 
mengikut stesen. Atlit dikendaki menjalankan aktiviti berdasarkan penepatan yang khusus. Apabila 
atlit menyelesaikan satu aktiviti, maka ia dikendaki bergerak ke stesen berikut dan meneruskan aktiviti 
seterusnya mengikut janka masa atau kaedah yang telah ditetapkan. Litar akan tamat apabila atlit telah 
menjalankan kesemua aktiviti mengikut stesen yang telah ditetapkan.

Tujuan dan Faedah Latihan Litar:

# Perkembangan dan peningkatan komponen-komponen kecergasan
v  Kakuatan daya tahan otot
v  Kemampuan aerobik
v  Kemampuan anaerobik
v  Kepantasan
v  Ketangkasan
v  Keanjalan/kelembutan
v  Pembinaan dan peningkatan umum dan khusus
v  Kesan terhadap 

o   Kepercayaan kepada diri sendiri
o   Ketabahan
o   Keazaman
o   Psikologi dan Fisiologi

Terdapat beberapa kaedah untuk mengendalikan Latihan Litar:

# Menentukan kadar pencapaian maksimum atlit
# Menentukan kadar pencapaian maksimum Time-Base

Aktiviti: Jurulatih perlulah menentukan jenis aktiviti yang perlu berdasarkan matlamat sama ada untuk
pembinaan umum atau pembinaan khusus. Contoh aktiviti:

@ Menggunakan Beban Berat Badan Sendiri
@ Menggunakan Beban Alatan- Weigth
@ Menggunakan Alatan- Tali Skipping, bola, kayu dan lain-lain

Contoh menggunakan Berat Badan:
-          bangkit tubi
-          tekan tubi
-          mendagu
-          lompat bersilang (Atl. Split)
-          lentik belakang
-          Jack knife

Contoh menggunakan Bebanan:
-          tali skipping
-          club
-          pararel bar
-          bangku
-          bola, kayu dan lain-lain

Contoh Aktiviti Latihan Litar:

-Stesen 1: Bangkit tubi
-Stesen 2: Alternate Split
- Stesen 3: Lentik belakang
- Stesen 4: Tekan tubi
- Stesen 5: Burpee
- Stesen 6: Mendagu
- Stesen 7: Lompat bintang
- Stesen 8: Half Sguat
- Stesen 9: Arm Curl
- Stesen 10: Lari ulang alik 10M x 4

 Bersambung....................

No comments:

Post a Comment