UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 28 June 2011

SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara agen-agen sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah keluarga, masyarakat, institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa. Agen-agen sosialisasi ini akan mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran individu tersebut.

          Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang melibatkan diri dalam sukan tersebut menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang ingin diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh individu yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.

          Selain itu, seseorang individu juga akan melakukan anjakan budaya yang harus ada setelah melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu seseorang individu akan berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti  kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur dan sopan, juga disiplin yang tinggi seharian selaras dengan nora-norma yang harus ada pada seorang pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam institusi sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak lagi melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan dengan menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu. Seseorang individu yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras dengan kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam permainan tersebut. Individu akan cuba untuk menjadi atlet yang berkemahiran tinggi agar dapat diterima sebagai salah seorang ahli dalam institusi berkenaan.

Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli dalam institsi sukan tersebut seperti interaksi antara atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan pentadbir sesuatu organisasi sukan berkenaan. Interaksi berkisar dalam permasalahan  personaliti, prestasi atlet dan  jurulatih malahan berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang ada hubungkait dengan pentadbiran institusi sukan.

Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam  sesuatu jenis sukan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kemahiran mereka dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati. Oleh itu, seseorang individu yang ingin mendapatkan kepercayaan daripada institusi sukan agar terpilih menjadi pemain, akan cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah kemahiran yang sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut tersebut akan menjadi pemain kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke tempat lain dalam melengkapkan takwim pertandingan. 

Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment