UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Friday 17 June 2011

KAEDAH LATIHAN BEBAN BAHAGIAN 2

FAKTOR DALAM MENGENDALIKAN LATIHAN BEBANAN:

Salah satu kaedah latihan yang perlu dimasukkan dalam program latihan sukan adalah Latihan Bebanan. Walaupun demikian jurulatih perlulah mengetahui beberapa faktor yang perlu dititik beratkan:

Jurulatih dan atlit telah mahir untuk mengendalikan dan menjalankan latihan bebanan dengan teknik yang betul
v  Jurulatih mengetahui keadaan atlit- kecergasan, kemampuan individu, kecederaan dan sebagainya
v  Latihan secara progresif
v  Menentukan matlamat atau tujuan latihan sama ada untuk pembinaan daya tahan, kekuatan, kuasa dan sebagainya
v  Mulakan dengan pembinaan secara menyeluruh dahulu sebelum melibatkan latihan khusus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan peningkatan secara seimbang
v  Pembinaan khusus perlu mengikut jenis sukan dan tugasan atlit- contoh sama ada atlit seorang pelari pecut, jarak jauh, pelompat, pelontar, penjaga gol, penjaring dan sebagainya.

Beban yang ditetapkan bersesuaian dan khusus mengikut:

v  Pergerakan dalam sukan
v  Melibatkan pergerakan yang sepenuhnya (full range of motion)
v  Membina kepantasan
v  Membina daya tahan
v  Membina kuasa
v  Membina kelenturan / kelembutan

KESELAMATAN

Latihan Bebanan selamat bagi setiap atlit jika jurulatih dan atlit mengendalikan dengan sempurna. Oleh itu amat penting memberi penegasan kepada atlit tentang aspek KESELAMATAN khususnya diperingkat awal latihan. Dicadangkan beberapa tindakan untuk mengawal keselamatan:
v  Dapatkan nasihat atau bantuan daripada jurulatih lain yang tahu atau pakar untuk mengendalikan latihan bebanan
v  Sentiasa memastikan peralatan yang digunakan sesuai dan selamat pada setiap masa sebelum menjalani latihan.
v  Jangan mulakan latihan hingga mendapat pendedahan dan bimbingan
v  Jangan menggunakan beban yang pada peringkat awal latihan. Mulakan dengan beban yang ringan terlebih dahulu
v  Sentiasa mementingkan prinsip Progresif
v  Tentukan matlamat dan kaedah latihan yang bersesuaian
v  Pelajari teknik yang betul- mulakan pembelajaran teknik tanpa menggunakan alatan dan diikuti dengan beban yang paling minimum
v  Gunakan peralatan bantuan seperti tali pinggang untuk abdomen dan belakang
v  Sentiasa bekerja berpasangan. Ini adalah untuk menjaga keselamatan dan juga untuk memberi bantuan pada situasi tertentu
v  Sentiasa memastikan beban yang terdapat sesuai sebelum memulakan latihan
v  Pastikan atlit menjalankan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani latihan bebanan dan diikuti dengan aktiviti menyejukkan badan dengan betul selepas latihan
v  Penambahan bebanan hanya ditentukan dan dilakukan oleh jurulatih
v  Atlit hanya mengikut intensiti dan program yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Contoh Program Latihan Bebanan (Bolasepak- penjaring) bagi satu sesi latihan

Fasa 1: Memanaskan badan

Fasa 2: Latihan Bebanan

Fasa 3: Menyejukkan badan



Aktiviti lain yang boleh digunakan- Lat Pull,Incline Press,Bend Over Rowing

*Pada akhir sesi latihan boleh dijalankan aktiviti Anaerobik:

Berlari: 100 m x 100% kepantasan x 2 – 4 ulangan  (Rehat antara Ulangan- 45 saat)




Bersambung ...........................

4 comments:

  1. bro, lau orang yg ada asma, ada tak latihan beban yg sesuai kt bgi ngan dia?tq

    ReplyDelete
  2. Zal...terima dengan info ini,sekurang2nya akak tahu tentang latihan bebanan.

    ReplyDelete
  3. sportyland...inshallah akan saya muatkan dalam blog ini nanti..tq

    ReplyDelete
  4. zannie..tQ coz suppot blog nie..

    ReplyDelete