UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 14 June 2011

Cara yang berkesan untuk mengatasi stress serta konflik

Stress boleh dielakkan dengan menetapkan keperluan yang penting untuk dilakukan telebih dahulu. Kerja – kerja yang penting perlu dijadikan keutamaan agar tekanan akibat tidak dapat menyiapkan kerja yang sangat penting tidak timbul. Dalam hal ini, penyediaan jadual kerja dapat membantu. Dalam jadual ini, kerja – kerja yang penting diletakkan sebagai kerja utama. Penangguhan kerja adalah perkara yang sangat ditegah. Ini kerana penangguhan kerja ini akan menyebabkan tekanan akibat beban kerja yang terlalu banyak timbul. Oleh itu, melalui penetapan keperluan yang dilakukan melalui penyediaan jadual kerja, stress akibat tidak dapat menyediakan kerja yang penting dan stress akibat penangguhan kerja dapat dielakkan.

            Selain itu, stress dan konflik juga boleh diatasi melalui teknik relaksasi. Teknik ini adalah sangat efisen dan boleh dilakukan di mana – mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Teknik ini dapat membantu mengembalikan kelancaran peredaran darah dan menyebabkan tubuh individu kembali berasa segar. Kesannya, stress dapat dikurangkan. Teknik relaksasi ini bukan sahaja membantu individu dalam mengawal stress tetapi juga dapat menambahbaik kesihatan individu dari segi fizikal, mental, dan emosi. Ini kerana relaksasi berkait rapat dengan aktiviti senaman yang dapat meningkatkan kesihatan individu. Relaksasi otot secara progresif dan sistematik dapat dilakukan ketika waktu rehat. Ia dapat dilakukan dengan merenggangkan otot – otot pada bahagian Yng sering menerima tekanan seperti tangan, lengan, muka, kepala, leher, bahu, dada, lambung, punggung bawah, dan seterusnya daerah kaki. Otot – otot ini ditegangkan selama 5 – 7 saat dan kemudiannya dikendurkan untuk 12 – 15 saat. Prosedur ini boleh diulang sebanyak 5 kali untuk membantu meredakan stress yang dialami. Kesannya, stress bukan sahaja dapat dikurangkan malah dapat membantu individu tersebut memulihkan peredaran darahnya.


Sumber: Buku Sumber Sains Sukan.

1 comment: