UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday 15 June 2011

SEJARAH PERMAINAN TENIS

         Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam bukunya yang bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball Game”, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.
          Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai ‘tenis panjang’.
Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.
Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini.
Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras,  Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Jaring
·         Jaring diperbuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal.
·         Digantungkan pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita putih.
·         Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah.
·         Bahagian atas jaring mestilah 0.91 tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 m pada kedua-dua bahagian tiangnya.
·         Ia perlu dipasang tegang semasa permainan.



Gelanggang Tenis
·         Gelanggang tenis indoor dan outdoor.
·         Permukaannya rata dan bebas daripada sebarang gangguan.
·         Ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada kayu, simen ataupun parguay.
·         Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan gelanggang.
·         Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian.
·         Bahagian tengah gelanggang terdapat satu jaring.
·         Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian empat segi di belakang,
·         Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas dan sebaik-baiknya ditanda menggunakan garisan putih.
·         Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak menyentuh garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada pihak lawan.


Raket
·         Rangka raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi.
·         Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara 282.7 g sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di antara 368.0 g sehingga 382.0 g.
·         Pemain haruslah memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari aspek keselesaan pemegangnya.

Pakaian Untuk Pemain
·         Pemain lelaki memakai baju lengan pendek, berseluar pendek, berstoking dan berkasut.
·         Pemain wanita memakai baju lengan pendek atau panjang, berseluar, berstoking dan berkasut.
·         Warna baju dan seluar bagi pemain adalah bebas.
·         Keselesaan pemakaian adalah penting.

Bola
·         Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan.
·         Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g.
·         Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65 cm
·         Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Teknik Permainan
Beberapa contoh teknik pukulan:
·         Forehand
·         Backhand
·         Groundstroke
·         Smesy
·         Slice
·         Spin
·         Dropshot
·         Volley

Cara Permainan
·         Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, sama ada lelaki atau wanita.
·         Ia boleh dimainkan secara:
o   Perseorang lelaki
o   Perseorangan wanita
o   Bergu lelaki
o   Bergu wanita
o   Bergu campuran
·         Permainan tenis dimainkan dengan bermatlamat mendapatkan mata dengan memukul bola dengan harapan pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola tersebut dengan baik.
·         Kawasan servis berada di kedua-dua kawasan gelanggang, iaitu, kawasan servis di kanan pemain dikenali sebagai kawasan dius, manakala kawasan kiri pemain, dikenali sebagai kawasan advantage.
·         Permainan tenis bermula dengan pemain yang melakukan servis melambungkan bola ke udara dan memukulnya menggunakan raket.
·         Matlamatnya menghantar bola mengikut arah pepenjuru supaya ia dapat mendarat di kawasan dius penerima.
·         Apabila mata pertama diperolehi, pemain akan bergerak ke kiri dan menyambung permainan semula.
·         Pemain kemudiannya bertukar kawasan sama ada ke kiri atau ke kanan selepas setiap mata dibuat sehinggalah ada pemenangnya.


Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Tenis#Sejarah_tenis

5 comments:

  1. ini lah serba sdkit tentang tenis..trima kasih faizal.

    ReplyDelete
  2. thanks, sgt membantu.
    bagaimana pula dengan isu2 yg berkaitan dgn tennis?

    ReplyDelete
  3. Pkaian bg kjhanan Wimbledon di uk diwajibkn semua putih bg memperingati sukan yg prnh dimainkn oleh golongn bgsawan/diraja pd wktu dulu.trmasuk baju seluar kasut stokin Dan topi jika memakai topi.

    ReplyDelete
  4. Saya guna ini untuk buat scrap book ��������������

    ReplyDelete