UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 23 June 2011

LATIHAN PARLAUF ( BAHAGIAN 2 )

KEPERLUAN DEMONTRASI
( LATIHAN PARLOUF)
Latihan parlouf adalah satu kaedah latihan untuk mencapai kecergasan fizikal dan kemahiran dalam acara lari berganti-ganti seperti 4x100 meter (relay) terutamanya persediaan pra musim. Ia merupakan satu sistem latihan yang melibatkan 2 atau lebih individu yang kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut keperluan dalam melakukan latihan ini. Semasa musim persediaan terutama acara lari berganti-ganti teknik atau kemahiran pertukaran button perlu dikuasai oleh atlet.
Objektif latihan Parlouf
a) Meningkatkan tahap ambang anaerobik.
b)   Meningkatkan kemahiran atlet.
c)    Meningkatkan ketangkasan dan kelajuan
d)   Meningkatkan keupayaan anaerobik.
Sistem tenaga
   a)  ATP-PC dan asid laktik
Prinsip latihan Parlouf
  1. Latihan berintensiti tinggi atau submaksima dengan jangka masa yang pendek akan menggunakan sistem tenaga ATP-PC. Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para atlet maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.
  2. Intensiti latihan untuk setiap atlet diberikan mengikut keupayaan individu.
  3. latihan yang digunakan perlu ada penetapan kelajuan pergerakan yang meliputi masa untuk menyudahi jarak.
  4. Latihan Parlouf menggunakan angkubah-angkubah yang berikut
*   Kadar dan jarak intensiti yang digunakan
*   Masa yang diambil dalam melakukan latihan
*   Bilangan ulangan dalam setiap sesi latihan
*   Kemampuan dan keperluan individu diberi perhatian bila merancang program latihan
parlouf ini.
Kaedah perlaksanaan
a)    Membahagikan atlet kepada 2 kumpulan mengikut keperluan
b)   Menentukan kadar dan jarak kerja
c)    Kekerapan latihan
Rasional pemilihan latihan parlouf
a)    Latihan parlouf ini juga merupakan satu jenis latihan yang akan dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi tenaga. Oleh yang demikian latihan parlouf ini sesuai untuk acara lari berganti-ganti (relay) 4X100 meter yang menggunakan sistem tenaga anaerobik.
b)    Jurulatih dapat meningkatkan kemahiran atlet terutama dalam pertukaran button.
c)    Latihan parlouf ini adalah pendekatan yang paling sistematik untuk memperolehi kejayaan terutama dalam acara berpasukan seperti relay.

PROSEDUR LATIHAN
  1. Mencatat kadar nadi rehat.
  2. Aktiviti memanaskan badan.
  3. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut keperluan.
  4. Latihan dijalankan sebanyak 3 set dan setiap set mengandungi 3 ulangan.
  5. Latihan mengikut jadual yang disediakan.
  6. Jarak setiap larian ialah 100 meter.
  7. Kadar nadi latihan ialah 70%
  8. Pencapaian peserta akan direkodkan
  9. Aktiviti penyejukan badan selepas latihan.


Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment