UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 28 June 2011

SOSIALISASI MELALUI SUKAN

Sukan merupakan satu cara individu bersosial antara satu sama lain. Sukan menjadi alat untuk mengintegrasi atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih malahan dengan ahli-ahli yang terdapat dalam sesuatu institusi sukan. Integrasi yang terdapat dalam institusi sukan ini akan mewujudkan perpaduan yag erat tidak mengira bangsa dan agama. Hubungan dikalangan ahli yang erat  ini bukan sahaja berlaku dalam institusi berkenaan malahan akan berlanjutan sehingga di luar institusi yang akan menguntungkan negara.

          Dalam konteks ini juga, sukan menjad alat untuk mensosiaisasikan individu. Sikap berdisiplin, bekerjasama,toleransi, hormat menghormati, mematuhi peraturan merupakan elemen-elemen yang penting untuk membentuk watak seseorang. Sebagai contoh, seseorang individu yang pendiam akan dapat mengubah dirinya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisiplin sekiranya melibatkan diri dalam permainan tinju dan ragbi memandangkan sukan ini berbentuk agresif dan meletakkan disiplin latihan yang tinggi sebagai tingkat teratas penyumbang dalam kejayaan seorang.

          Selain itu, sukan memberi ruang untuk atlet mencipta kejayaan. Kejayaan ini datangnya daripada beberapa faktor samada berbentuk intrinsik ataupun ekstrinsik. Seseorang cenderung untuk memajukan diri dalam istitusi sukan untuk mendapatkan ganjaran tidak kiralah dalam bentuk wang ringgit mahupun berupa kebendaan. Dengan ini mobiliti sosial ataupun taraf hidup seseorang tersebut akan meningkat dengan adanya ganjaran ataupun upah yang diperolehi bersesuaian dengan tahap kemahiran individu berkenaan. Bukan itu sahaja, individu cenderung berusaha dalam sukan untuk kepuasan diri dan menaikkan nama baik institusi, mahupun negara.

Seseorang juga boleh bersosialisasi menerusi sukan dengan menjadikan sukan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Individu akan melibatkan diri dalam ilmu mempertahankan diri dan cuba untuk mendalami imu berkenaan untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan tinggi. Individu mempelajari ilmu pertahanan diri menerusi sukan berkenaan bertujuan untuk melindungi institusi mahupun diri sendiri seperti kemahiran yang ada dalam sukan taekwondo ,judo,silat,menembak dan lain-lain lagi. Seni dalam sukan ini  akan dipelajari sedalam mungkin dan memberi impak yang mendalam kepada individu tersebut.


Penutup
Sukan adalah satu konsep dimana individu akan berinteraksi antara satu sama lain yang dibantu oleh agen-agen sosialisasi. Proses sosialisasi ke dalam dan melalui sukan meninggalkan kesan kepada perkembangan kehidupan manusia seharian. Manusia akan menjalankan proses sosialisasi ini sekiranya melibatkan diri dalam sukan berkenaan ataupun sedia ada dalam sukan tersebut dan berhubung dgn  ahli dalam institusi. Di samping itu dengan bersukan juga seseorang akan lebih yakin dengan diri sendiri disebabkan adanya kesihatan fizikal yang baik.

Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment