UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 23 June 2011

OBJEKTIF LATIHAN


Sebagai acara yang mementingkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi di mana ketangkasan, daya tahan kardiovaskulat, daya tahan otot dan kepantasan adalah merupakan komponen utama bagi program latihan yang bersistematik sangat diperlukan. Program ini dibahagikan dalam beberapa fasa dan pada amnya objektif terbahagi kepada dua seperti berikut :-

1.1 Objektif keseluruhan
Secara keseluruhan, program ini bertujuan bagi menyediakan atlet yang dapat bertindak pada tahap yang optimum dengan cemerlang dalam permainan bola sepak dalam pertandingan yang disertainya. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa kaedah latihan yang sistematik akan dilaksanakan dan tumpuan adalah kepada aspek-aspek sistem tenaga anaerobik, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan otot, dan kosentrasi serta teknik-teknik.
1.2 Objektif khusus
Program latihan ini adalah khusus pada fasa persediaan umum dimana satu program selama 6 minggu akan disediakan khusus untuk pertandingan. Program 6 minggu ini akan dapat menyediakan atlet menghadapi musim pertandingan dengan berbekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Kesemua komponen kecergasan fizikal akan diberi penekanan yang khusus di samping membina teknik tendangan dan jaringan yang baik dan betul. Juga menyediakan atlet dari aspek persediaan psikologi dan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam musim pertandingan.

FASA-FASA LATIHAN
2.1 Fasa Persediaan.
a.   Fasa Persediaan Umum.
Tujuan utama fasa persediaan adalah untuk menyediakan asas yang kukuh kepada tugas yang akan dilakukan kemudiannya. Masa yang secukupnya harus diperuntukkan untuk membolehkan badan mengadaptasi kepada tuntutan latihan fizikal dan pertandingan yang bakal dihadapi.

Panduan.
¨      Isipadu latihan hendaklah tinggi dan ditingkatkan beransur-ansur.
¨      Intensiti latihan harus diubah-ubah daripada tahap rendah hingga sedarhana.
¨      Penekanan harus diberikan kepada peningkatan keupayaan prestasi fizikal umum (daya tahan, kekuatan, kuasa, kepantasan, ketangkasan dan sebagainya). Teknik lakuan dan kemahiran harus diberikan perhatian yang sewajarnya iaitu membetulkan kesilapan-kesilapan yang utama dan memperkenalkan teknik-teknik yang baru mahupun memelihara tahap kemahiran yang sedia ada.

Objektif.
¨      Dapat membina dan meningkatkan kecergasan fizikal umum pemain.
¨      Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.

b.   Fasa Persediaan Khusus.
Tumpuan utama fasa ini adalah untuk mengembangkan keupayaan prestasi yang spesifik dan teknik-teknik baru lakuan serta kemahiran ke tahap yang seiring dengan tahap kecergasan fizikal yang diperoleh. Fasa ini dianggap paling genting dan memerlukan penekanan yang seimbang terhadap latihan fizikal dan latihan teknik berdasarkan keperluan individu atau pasukan.

Panduan.
¨      Isipadu latihan haruslah ditingkatkan beransur-ansur sehingga pertengahan fasa; kemudian dikurangkan beransur-ansur.
¨      Intensiti harus ditingkatkan secara progresif seiring dengan pengurangan isipadu latihan yang beransur-ansur.
¨      Penekanan dialihkan secara beransur-ansur daripada pengembangan keupayaan prestasi umum kepada peningkatan kecergasan fizikal yang spesifik.
¨      Isipadu latihan untuk pengembangan teknik kemahiran dan keupayaan fizikal harus disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu atau pasukan.

Objektif.
¨      Melatih dan meningkatkan teknik dan taktik kemahiran tenis pemain.
¨      Menyediakan dan menyesuaikan atlit kepada ituasi pertandingan sebenar.
¨      Memperlengkapkan atlit dari aspek psikologi untuk menghadapi tekanan pertandingan.
¨      Meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

2.2 Fasa Pertandingan.
a.   Pra-pertandingan.
Tujuan utama fasa ini adalah untuk mara ke puncak prestasi secara progresif melalui penyertaan dalam pertandingan-pertandingan keciul mahupun perlawanan persahabatan yang disusun khas. Intensiti latihan semakin meningkat supaya tahap prestasi dapat ditingkatkan. Latihan spesiifik kepada sesuatu bidang sukan atau permainan diteruskan dengan intensiti yang sama tinggi tetapi dengan isipadu yang beransur-ansur kurang. Jurulatih harus memastikan atlit tidak mengalami kelesuan berlebihan akibat menyertai terlalu banyak latihan.

Panduan.
¨      Isipadu latihan hendaklah dikurangkan. Intensiti latihan masih pada tahap yang tinggi.
¨      Suaian fizikal yang memberikan penekanan kepada prestasi spesifik sukan dilanjutkan.
¨      Pengembangan kemahiran menghampiri tahap akhir, diperkemaskan dan dinilai dalam situasi-situasi yang mirip kepada pertandingan yang sebenar.
¨      Pemain didedahkan kepada pertandingan-pertandingan untuk memperoleh pengalaman yang berguna di samping menyesuaikan diri kepada tuntutan pertandingan yang berintensiti tinggi.

b.   Fasa Pertandingan.
Objektif utama fasa pertandingan adalah menghasilkan prestasi optimum. Pemain perlu mendapatkan pemulihan yang secukupnya sebelum mencapai kemuncak prestasi. Dalam fasa pertandingan, pertimbangan penting yang harus diambil kira ialah menyediakan peluang-peluang pertandingan yang secukupnya untuk membantu pemain memuncak dan mencapai presatsi optimum.

Panduan.
¨   Pemulihan disertai dengan satu kitaran suaian fizikal spesifik adalah pertimbangan penting bagi mewujudkan keupayaan prestasi yang asas.
¨ Pada bahagian awal fasa ini, isipadu dan intensiti latihan adalah sedarhana. Ini disusuli dengan isipadu latihan yang rendah dan intensiti latihan tinggi pada bahagian akhir fasa ini.
¨      Kemahiran diperhaluskan selari dengan suaian fizikal yang spesifik.
¨     Bilangan perlawanan dan pertandingan yang diatur untuk atlit harus diminimumkan bagi menghindarkan kelesuan psikologi.
¨  Apabila semakin menghampiri pertandingan utama, isipadu dan intensiti latihan harus dikurangkan bagi membolehkan atlit pulih sebelum memuncak prestasinya menyelang pertandingan utama.
Objektif.
¨  Mempamerkan perstasi dan semangat kesukanan yang tinggi semasa bertanding.
¨  Mengatasi tekanan pertandingan.
¨ Bekerjasama sebagai satu pasukan dan mempunyai kesefahaman yang baik antara pemain.
¨  Mencapai target yang ditetapkan dalam program latihan tahuanan.

2.3 Fasa Transisi

          Tujuan fasa transisi adalah untuk membolehkan pemain memeroleh pemulihan dari segi fisiologi dan psikologi setelah tamat pertandingan utama. Jurulatih haruslah membuat penilaian terhadap program latihan yang telah dikenalikan dan merancang untuk tahun yang berikutnya. Pemulihan yang aktif adalah penting untuk menghindarkan kemersostan keupayaan prestasi fizikal yang mendadak. Jurulatih harus merangka program khusus untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti untuk memelihara tahap kecergasan fizikal dan mengawal berat badan pemain.
          Untuk menjamin keberkesanan program latihan untuk tahun yang berikutnya, jurulatih perlu mengambil kira keputusan dan pencapaian semasa, kelebihan dan kekurangan program untuk dijadikan iktibar dalam perancangan program latihan pada masa-masa akan datang.

Objektif.
¨      Menjalan rawatan perubatan sekiranya mengalami kecerderaan semasa pertandingan.
¨ Mengekalkan tahap kecergasan fizikal menerusi ‘ Cross-traninig’ pada kadar yang sedarhana.

Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment