UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 30 June 2011

PSIKOLOGI SUKAN ( BAHAGIAN 2 )

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.

Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukan boleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :

1. Bertanggungjawab – Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.

2. Berkelayakan – Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.

3. Mematuhi moral dan etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.

4. Kenyataan umum – Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas

serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.

5. Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.

6. Kebajikan klien – Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.

7. Hubungan profesional – Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.

8. Teknik penilaian – Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.

9. Kajian yang milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.

KESIMPULAN


Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearah usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.



Sumber:


Anshel, M H. (2003). Sport Psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc.

Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan.  Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

1 comment:

  1. Tidak dapat dinafikan Psikologi sukan memainkan peranan bagi seseorang atlet untuk mencapai tahap cemerlang dalam kerjaya sukan

    ReplyDelete