UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 16 June 2011

KAEDAH LATIHAN ( BEBAN) BAHAGIAN 1

PENGENALAN

Kecergasan tubuh badan dapat dicapai menerusi latihan fizikal yang 
sistematik, terancang dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip latiahn serta disiplin yang tinggi. Latihan bererti satu persediaan untuk mencapai satu tapak yang kukuh. Kecergasan mengambarkan tahap keupayaan individu itu boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa letih dan lesu. Maka adalah penting bagi setiap individu berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikalnya sebagai nadi kepada kehidupan yang bermakna dan bahagia. Latihan Bebanan melibatkan latihan rintangan yang progresif dengan berulang-ulang untuk meninggikan kederasan pergerakan, kuasa, daya tahan otot,  kelembutan dan kekuatan.

TIGA ANGKUBAH DALAM LATIHAN BEBANAN

a)                  Intensiti

Kekerapan latihan ialah 3 kali seminggu (selang hari)

b)         Tempoh Masa

Berdasarkan kepada jenis sesuatu sukan dan otot yang ingin diguna

c)         Ulangan

Bagi otot yang baru diperkenalkan dengan latihan kekuatan


DEFINISI

a)                  Klafs & Arnheim (1977)

Latihan Bebanan adalah satu program latihan yang bersistematik di mana otot-otot dikenakan bebanan berat ataupun kerja seunit masa untuk mengenakan tekanan dan seterusnya memperbaiki fungsi-fungsi sistem dalam tubuh. Latihan Bebanan melibatkan latihan rintangan yang progresif dengan berulang-ulang untuk meningkatkan kederasan pergerakan, kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kekuatan.

KONSEP

Ia adalah satu aktiviti latihan untuk perkembangan keseluruhan badan dalam meninggikan kebolehan jasmani dan keupayaan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam pendidikan jasmani, sukan dan permainan.

MATLAMAT

Satu sistem latihan di mana untuk menjadikan seseorang individu mencapai dan mengukuhkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal secara menyeluruh pada aspek kesihatan, mental, emosi dan pengetahuan serta memastikan agar segala bentuk kemahiran dapat  disampaikan dengan sempurna di samping sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sesuatu situasi.


OBJEKTIF
- Mencapai dan mengukuhkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal
- Meningkatkan pertumbuhan fizikal spesifik mengikut keperluan dalam sukan
- Untuk menyempurnakan teknik-teknik kemahiran dalam sukan berkenaan
- Meningkatkan strategi-strategi yang diperlukan dengan sempurna
-  Memupuk  kualiti volitional (potensi diri)
-  Menjamin dan mengukuhkan tahap kesihatan
-  Menghindari daripada berlaku kecederaan yang serius
-  Meningkatkan pengetahuan teoritikal seseorang atlit

JENIS LATIHAN BEBANAN

a)      Latihan Isometrik

Isometrik bermaksud tanpa perubahan kepanjangan, oleh itu latihan isometrik ialah suatu jenis latihan kekuatan yang dilakukan tanpa melibatkan pergerakan atau pertukaran kepanjangan otot-otot yang terlibat. Apa yang berlaku ialah pengecutan statik dan walaupun latihan ini boleh menambahkan kekuatan tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang memuaskan dan tidak mendatangkan banyak faedah.

b)   Latihan Isotonik

Latihan Isotonik bermaksud otot-otot yang terlibat akan dipendekkan semasa senaman dilakukan. Senaman ini adalah jauh lebih berfaedah daripada latihan isometrik. Alatan-alatan yang digunakan dalam latihan ini termasuk dumbell, barbell serta mesin Multi-Gym, Universal, weider dan Paramount.

c)      Latihan Isokinetik

Kaedah latihan ini adalah yang paling berkesan kerana ia mengabungkan faedah-faedah daripada kedua-dua latihan isometrik dan isotonik. Suatu bentuk pengucupan yang istimewa dalam pengucupan isotonik. Pengucupan ini mengawal kepantasan pencapaian atlit. Tujuan pencapaian ini adalahuntuk menghasilkan proses pengucupan yang maksimum semasa pergerakan sepenuhnya (full range of movement). Tahap dan daya yang maksimum yang boleh dihasilkan melalui proses pengucupan ini bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan. Kepantasan juga akan mempengaruhi hasil daya. Dalam pergerakan isokenetik, kepantasan telah ditentukan atau dikawal. Walaupun seberapa daya cubaan dibuat kepantasan tetap terkawal. Kebanyakan proses pengucupan otot adalah berbentuk kuasa.

JENIS LATIHAN BEBANAN

Jurulatih perlu berhati-hati semasa memilih jenis latihan bebanan dan juga berhati-hati semasa meminta pertolongan daripada jurulatih lain. Ini adalah kerana supaya latihan bebanan yang dipilih dapat menepati matlamat dan tujuan. Jenis Latihan Bebanan adalah seperti berikut:

a)                  Latihan Pemulihan (Rehabilation)
Tujuan utama latihan ini adalah untuk membuat pemulihan kekuatan atau perlakuan terutama sekali bagi atlit yang telah mendapat kecederaan.

b)                  Bina Badan  (Body Building)
Tujuan adalah untuk membentuk atau menghasilkan bentuk tubuh “Muscle Toning”. Latihan ini menggunakan beban yang berat dengan perlakuan yang perlahan untuk menampilkan bentuk tubuh.

c)                  Angkat Berat (Weight Lifting)
Untuk kekuatan iaitu untuk mengangkat beban yang paling maksimum dengan prosedur yang telah ditetapkan.

d)                 Latihan Bebanan (Weight Training)
Latihan Bebanan juga dikenali sebagai Latihan Rintangan. Ini adalah latihan yang menggunakan beban (weight) mengikut sukatan untuk menjalankan latihan. Ini adalah kaedah latihan yang diperlukan oleh semua sukan bagi tujuan untuk:


- Meningkatkan kekuatan
-  Meningkatkan daya tahan
-  Meningkatkan kuasa-  Meningkatkan kepantasan
-  Meningkatkan kelenturan / kelembutan


                                                                                                                          bersambung........


Sumber: http://www.scribd.com/doc/30231420/Latihan-Beban



4 comments:

  1. salam..harap sambungan latihan beban ni dapat disegerakan...hehehe. info ni dapat membantu saya dalam memulakan latihan bebanan.T.kasih

    ReplyDelete
  2. gsport...bolekah latihan beban digunakan untuk atlet bola sepak? nak sedikit info. makasih..

    ReplyDelete
  3. wahh..bgus'y info ne.tringat blk2 smua lthan lalu..neway ,ada info ttg lthn pliometrik ka bro?

    ReplyDelete
  4. malik..tq kerana suppot..
    sudin: inslahhah saya akan masukan contoh latihan bebanan utk atlet bola sepak.
    sportyland...pliometlik akan saya muatkan dalam keluaran yg akan datang. tQ

    ReplyDelete