UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday 29 June 2011

ISOTONIK UNTUK ATLET ( BAHAGIAN 4 )

Bagi seseorang individu yang mengamalkan gaya hidup aktif ataupun seorang atlet, untuk kekal dalam keadaan yang terhidrat. Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah sesuai untuk penghidratan tubuh badan. Bagi penghidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan semula cecair yang hilang serta menghalang hipoglisemia. Adakah juga dinasihatkan bagi individu yang menghidap diabetes agar berunding dengan pakar dietetik sukan mengenai pelan pemakanan dan minuman mereka terlebih dahulu sebelum melakukan jadual senaman mereka. Sementara itu, bagi penghidap tekanan darah tinggi, pengambilan natrium anda tidak
boleh melebihi 2,400mg sehari atau lebih rendah daripada jumlah ini. Secawan minuman isotonik 240ml mengandungi 115mg natrium klorida. Oleh itu, semua makanan dan minuman yang mengandungi natrium seharusnya diambil kira jika anda menghidapi hipertensi (tekanan darah anda tinggi).
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan pepejal. Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening. Kebanyakan orang tidak menyedari akan pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mereka yang aktif dalam bidang sukan terutama atlet. Keperluan badan terhadap cecair meningkat di dalam persekitaran panas dan lembap di mana, badan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekali gus meningkatkan kadar kehilangan air. Contoh yang mudah, tumbuh-tumbuhan yang ditanam di halaman rumah. Tumbuh-tumbuhan tersebut disiram dan dibaja dengan baik sekali. Apa yang akan terjadi sekiranya tidak disiram selama seminggu? Ia akan mula menjadi layu,  begitulah juga yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya. Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah air yang diperlukan. Justeru, adalah sangat penting untuk memastikan tubuh kita mempunyai peratus air yang mencukupi.
Air membantu hampir kebanyakan anggota badan pada manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan kita. Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing-masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air. Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan seseorang individu. Air juga penting bagi melindungi dan `melapik’ organ-organ utama termasuklah sendi tulang. Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel-sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrient untuk badan. Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan sisa-sisa yang tidak dikehendaki keluar dari badan.

            Kesan penyahhidaratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari dahaga dan lemah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, penyahhidratan boleh membawa kepada keadaan koma dan mengundang maut. Antara tanda-tanda penyahhidaratan adalah rasa dahaga, sakit kepala kesan daripada tekanan fizikal yang tidak mendapat bekalan air mencukupi dan mengalami keadaan letih lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair. Bagi penyahhidratan yang sederhana, individu berasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan. Ini kerana, otak mengalami  penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk, bersama sakit kepala yang serius. Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah
yang berpunca daripada penurunan darah. Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair  di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dalam aktiviti seharian yang dilakukan oleh seseorang individu.

Bagi penyahhidratan yang teruk, pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggan tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan dalam tubuh menyebabkan individu berasa lemah dan tidak bermaya. Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin dari badan.

            Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi golongan atlet yang mengamalkan gaya hidup aktif. Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang. Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan. Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.

Masa kini, terdapat pelbagai jenis cecair yang boleh kita pilih. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak minum secukupnya. Air masak atau air putih adalah pilihan pada masa dahulu yang paling baik sehingga kini, baik suam atau sejuk.  Segelas susu rendah lemak didatangkan bersama dengan kalsium, protein dan air. Kesegaran susu yang diperbuat daripada buah-buahan segar amat menyedapkan. Minuman isotonik adalah sumber yang baik untuk menggantikan bahan elektrolit seperti kalium, klorida, natrium dan magnesium bagi mereka yang tidak tahan dengan keadaan yang panas dan lembap di mana peluh tidak dapat dielakkan dan terutamanya mereka yang aktif bersukan atau terlibat di dalam aktiviti berpanjangan. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah cara yang baik untuk mendapatkan vitamin dan mineral. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti limau, tembikai, epal, semangka, anggur, tomato dan mentimun mengandungi antara 70 hingga 80 peratus air.

Bersambung...................

No comments:

Post a Comment