UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 28 June 2011

DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan  sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang  selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan. Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

 Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.

No comments:

Post a Comment