UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 13 June 2011

Sejarah Bola Sepak

          Bola sepak merupakan permainan berpasukan yang digemari pelbagai lapisan masyarakat mahupun status sosial. Permainan bola sepak moden telah diasaskan oleh Charles Wrefrod Brown pada tahun 1863 di Freemasons Travern, London. Untuk mencipta satu nama baru bagi permainan bola sepak, beliau telah menggunakan kata “socc” daripada singkatan perkataan “association” (bermaksud ‘persatuan’ di dalam Bahasa Melayu) yang kemudian ditambah ‘er’ pada hujungnya menjadi ‘soccer’.       

Terdapat empat negara iaitu China, Jepun, Rom Kuno dan Greek mengaku sebagai tempat bermulanya permainan ini. Tetapi banyak bukti menunjukkan bahawa bola sepak sebenarnya berasal dari China, iaitu pada zaman Dinasti Han sekitar abad yang ke-2. Ia dikukuhkan lagi dengan lakaran-lakaran atau lukisan-lukisan yang dihasilkan orang China yang menunjukkan bahawa permainan ini pernah dimainkan di China tetapi dalam suasana dan matlamat yang berbeza. Selain itu, permainan bola sepak juga telah dipraktikkan di dalam latihan fizikal ketenteraan China yang dipanggil ‘Tsu Chu’ (menendang bola). Dalam latihan ini, peserta perlu menjaringkan bola yang berisi bulu burung ke dalam jaring yang berukuran 40 cm dengan mengunakan kaki.

Walaupun banyak tempat di seluruh dunia mempunyai sumbangan mereka sendiri, versi bola sepak moden kemungkinannya datang dari Great Britain. Di England, bola sepak dikatakan lahir sekitar tahun 800 and terus berkembang. Walaupun sukan bola sepak ini diminati ramai, tetapi kerajaan tidak menyukainya kerana penduduknya mengabaikan latihan perang kerana asyik bermain bola sepak. Sebab itulah banyak sumber menyebut bahawa King Edward III telah mengharamkan permainan bola sepak pada tahun 1300-an. Raja yang lain juga pernah cuba menghalang permainan tersebut, tetapi ramai penduduk tetap bermainnya sehingga mereka tidak peduli sama ada mereka dipenjara atau dihukum semata-mata bermain bola sepak.

Di Jepun, permainan yang seakan-akan bola sepak yang dikenali sebagai ‘Kemari” telah dimainkan pada abad pertama sehingga abad ke-17 di Kyoto. Dalam permainan ini, pemain perlu menghantar bola kepada pemain lain tanpa membiarkannya jatuh ke tanah. Keadaan ini adalah sama dengan ‘footbag’. Orang-orang Rom dan Greek pula mengaku bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Walau bagaimanapun, tidak ada pula catatan sejarah tentang bagaimana ia dimainkan ketika itu. Di Itali pula, satu permainan yang dipanggil ‘calico’ telah dimainkan semasa cuti. Setiap kumpulan akan berkumpul di sekitar Bandar Florence dan Venice untuk menyertai permainan yang melibatkan tendangan dan pengawalan bola. Setiap kumpulan perlu mempunyai 27 pemain yang memakai pakaian yang penuh dengan barangan perhiasan. Tetapi, adalah dipercayai bahawa perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Li Ju yang merupakan penulis kepada catatan tersebut mencatatkan bahawa perlawanan bola sepak di antara China dan Jepun berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Catatan sejarah ini boleh diperolehi di salah sebuah muzium di Munich.

Bola sepak ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia dalam tahun 1800-an. Ia berkembang dari England ke seluruh dunia seperti satu wabak penyakit. Pada awal tahun 1900-an, FIFA dibentuk dan pada 1930-an sudah banyak negara mengadakan liga profesional. Tahun 1930 juga adalah tahun pertama piala dunia yang diatur oleh FIFA sebagai tanda rasmi bahawa ia adalah salah satu daripada acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk dunia.
Kini, permainan bola sepak dimainkan pada peringkat profesional dan amatur. Perlawanan bola sepak pada peringkat pemain profesional disaksikan oleh berbillion penonton di seluruh dunia, sama ada mereka menyaksikannya di stadium, menontonnya di televisyen ataupun menggunakan media elektronik yang lain. Menurut kajian yang diterbitkan dalam musim bunga 2001 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) iaitu badan pentadbir bola sepak, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 buah negara di seluruh pelusuk dunia. Keadaan ini disebabkan peraturannya yang mudah dan hanya memerlukan peralatan sukan yang minimum. Antara pemain bola sepak terkenal dunia yang menjadi ikon bola sepak ialah seperti Maradona, David Beckham, Ronaldo, dan Ronaldinho. Manakala antara kelab-kelab bola sepak terkenal dunia ialah Manchester United, Real Madrid, Barcelona, dan Chealsea.

Sehubungan itu, perubahan zaman memperlihatkan permainan bola sepak yang ada pada hari ini mampu menjadi satu industri sukan yang maju dan memberi keuntungan kepada pemain, pasukan, organisasi dan negara. Selain ianya juga mampu memainkan peranan penting dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Peraturan dalam permainan ini tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain kecuali penjaga gol. Bagaimanapun, permainan ini mengalami sedikit perubahan iaitu pemain-pemainnya diletakkan dalam posisi yang spesifik. Ia termasuklah:-
·         Pemain Pertahanan
Pemain yang pakar dalam aspek pertahanan dan akan cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan jaringan gol.

·         Pemain Tengah
Pemain yang memajukan serangan dan memberikan bola kepada bahagian serangan, serta menolong bahagian pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
·         Pemain Penyerang
Pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Susun atur para pemain di padang pula dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, nombor kedua menunjukkan bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan pemain penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1. Pendefinisian formasi dan taktik biasanya merupakan tugas seseorang jurulatih.

Posisi-posisi ini pula dibezakan oleh bahagian pemain seperti pemain pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Namun, para pemain tidak dikekang peraturan sukan dan boleh berubah posisi pada bila-bila masa. Penjaga gol juga boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan seperti pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Peraturan Rasmi Permainan Bola Sepak:
Peraturan 1         : Lapangan Permainan
Peraturan 2         : Bola yang digunakan
Peraturan 3         : Jumlah Pemain
Peraturan 4         : Peralatan Pemain
Peraturan 5         : Pengadil
Peraturan 6         : Pembantu Pengadil
Peraturan 7         : Tempoh permainan
Peraturan 8         : Memulai dan Memulai Kembali Permainan
Peraturan 9         : Bola Keluar dan Dalam Lapangan
Peraturan 10       : Cara Mendapatkan Angka
Peraturan 11       : Offside
Peraturan 12       : Pelanggaran
Peraturan 13       : Tendangan Bebas
Peraturan 14       : Tendangan penalti
Peraturan 15       : Lemparan Dalam
Peraturan 16       : Tendangan Gawang
Peraturan 17       : Tendangan Sudut

Taktik Permainan
Taktik yang biasa digunakan ialah 4-4-2,  4-3-2-1, 4-5-1, 3-4-3 dan 3-5-2. Taktik ini bergantung kepada keadaan permainan. Selain itu, intipati dalam taktik tersebut ialah taktik bertahan, menyerang atau normal.

Sistem Pengadil
·         Pengadil (mengadili permainan dan menjaga masa).
·         Pembantu pengadil 1 (penjaga garisan).
·         Pembantu Pengadil 2 (penjaga garisan).

Pasukan
·         Bilangan maksimum dalam setiap pasukan ialah 11 orang dan minimumnya seramai 9 orang, termasuk seorang penjaga gol. Penjaga gol dibenarkan mengambil bola dengan tangan atau lengannya dalam kotak penalti sahaja. Jaringan gol pula adalah hasil daripada hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol.
·         Para pemain lain pula menggunakan kedua-dua belah kaki untuk membuat hantaran bola tetapi dilarang memegang bola dengan tangan atau lengan mereka ketika masih dalam permainan, tetapi boleh menggunakan bahagian tubuh yang lain. Peraturan ini diabaikan sekiranya bola melepasi garisan padang dan ketika lemparan ke dalam padang dilakukan.
·         Beberapa pemain simpanan diperlukan untuk menggantikan pemain yang tidak dapat meneruskan permainan disebabkan kecederaan, keletihan, kurang efektif, perubahan taktik atau untuk membuang sedikit masa pada akhir sebuah perlawanan. Pemain yang sudah digantikan tidak boleh bermain dalam perlawanan semula. Pertukaran pemain ini hanya boleh dilakukan tidak lebih dari tiga kali.



Padang Bola Sepak
Padang rumput berbentuk segi empat merupakan padang yang biasanya digunakan. Lebarnya berukuran 24 Pada kedua sisi pendek, terdapat gawang sebesar 24 x 8 kaki atau 7,32 x 2,44 meter.

Tempoh Permainan
·         90 minit dalam dua babak permainan.
·         Setiap babak diselang dengan masa 15 minit atau 10 minit untuk sebagai masa rehat.
·         Kebanyakan permainan biasanya berakhir setelah masa sebenar tamat, iaitu apabila salah satu pasukan menjadi pemenang ataupun kedudukan seri.
·         Tetapi dalam permainan tertentu, jika keputusan perlawanan di antara dua pasukan itu seri sehingga masa sebenar tamat, maka masa perlawanan akan ditambah sebanyak 30 minit.
·         Jika masih sama, penalti akan dilakukan.
·         Sebelum ini, IFAB menggunakan sistem ‘sudden death’ tetapi kini, sistem itu tidak lagi digunakan.


sumber: http://www.scribd.com/doc/17432088/Sejarah-Bola-Sepak

1 comment:

  1. Sudahkah anda DAFTAR Di SLOTDOMINO ?
    ayukk !! Daftarkan Dirimu di SLOTDOMINO sekarang juga
    Main game online di SLOTDOMINO dengan deposit 20 ribu bisa Withdraw jutaan rupiah setiap hari
    akses link : www*Slotdomino*Com
    W.A : +6285974599065
    PIN BB : 2BE2DD7E
    PIN BB : DBFDDEFE

    ReplyDelete