UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 13 June 2011

Sejarah Permainan Bola Baling


         Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine.


Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun 1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan baru tersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan Austria pada tahun 1930.

            Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay.
             
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun yang sama, Kesatuan  Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah menjadi juara.

Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu. Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF.

Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di Kuwait. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Dan pada bulan Disember 2006, laporan IHF menyatakan bahawa ia sudah mempunyai 159 keahlian yang terdiri daripada 1,130,000 kumpulan yang berjumlah 31 juta orang termasuk pemain, jurulatih, pegawai dan pengadil.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Bola
·         Sesetengah versi bola baling Amerika menggunakan bola yang digunakan dalam permainan bola tampar.

·         Bersaiz lebih kecil berbanding bola sepak bagi memudahkan pemain memegang dan mengawalnya dengan sebelah tangan (walaupun kedua-dua tangan dibenarkan).

Gelanggang
·         Berukuran 40 m panjang x 20 m lebar.
·         Terdapat garisan pembahagi di tengah gelanggang dan satu gol di tengah salah satu penghujung.
·         Gol dikelilingi garisan separa bulatan yang jarak umumnya berukuran 6 m dari gol.
·         Satu lagi garisan separa bulatan pula adalah pada jarak 9 m dari gol.

Pengadil
·         Ketua pengadil.
·         Pembantu pengadil.
·         Setiap pengadil akan menjaga kawasan masing-masing.


Pemain
·         Dua pasukan berlawan dalam satu sama.
·         Terdiri daripada 6 orang pemain dalam satu pasukan termasuk 1 penjaga gol.
·         Pertukaran pemain boleh dilakukan secara bebas.


Tempoh Permainan
·         Tempoh permainan bola baling ialah selama 30 minit dalam dua sesi.
·         10 minit masa tambahan diberikan jika kedudukan seri.
·         5 minit lagi akan diberikan sekiranya kedudukan pungutan gol masih sama.
·         Jika kedudukan masih seri selepas masa tambahan, pemenang akan ditentukan dengan setiap pasukan akan diberikan 5 balingan bagi setiap pemain kecuali penjaga gol. Balinga dilakukan pada jarak 7 meter dari gol.

Formasi Permainan
·         Formasi yang sering digunakan:
o   Formasi            6-0 (Formasi yang digunakan oleh pasukan Scandinavian dari Eropah)
o   Formasi            5-1
o   Formasi            4-2
o   Formasi 3-3 (Formasi yang digunakan oleh pasukan HC Motor Zaporyshe dari Ukraine. Ia juga sering digunakan oleh pasukan dari Eropah Timur.

Cara Permainan
·         Pemain mesti menggunakan tangan untuk membaling bola.
·         Pemain tidak boleh memegang bola lebih daripada 3 saat.
·         Bola dibaling dari luar kawasan D (kawasan gol) dan pemain tidak dibenarkan masuk ke kawasan D.
·         Para pemain berada di garisan tengah gelanggang sebelum permainan dimulakan.
·         Pergerakan dribble dilakukan dengan sebelah tangan, tetapi apabila kedua-dua tangan memegang bola selepas membuat dribble, maka pemain lain pula akan membuat dribble seterusnya. Satu balingan percuma akan diberikan kepada pemain yang membuat satu double dribble.
·         Pemain akan kehilangan bola sekiranya melangkah lebih dari tiga langkah tanpa melakukan dribble atau selepas memberhentikan dribble mereka. Pemain akan mengambil tiga langkah dan bola mesti dipukul ke bawah seperti dalam permainan bola keranjang.
·         Selepas kehilangan bola semasa menyerang, bola perlu diletakkan ke bawah.
·         Cubaan untuk menjaringkan gol pula perlu dilakukan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dibenarkan berada di kawasan D.
·         Selepas jaringan berjaya dibuat, para pemain bergerak ke garisan tengah gelanggang semula dan perlu berdiri sambil dapat mengawal bola, pengadil akan meniup wisel sebagai tanda permainan diteruskan.
·         Sekiranya pemenang tidak dapat ditentukan pada 10 jaringan pertama, pasukan akan diberikan balingan penalti sehingga terdapat pasukan yang gagal menjaringkannya. Pasukan yang memperoleh jaringan penalti yang terbanyak dikira sebagai pemenang.
·         Balingan penalti mesti dibuat pada kawasan perimeter yang ke-7 selepas wisel dibunyikan. Balingan penalti tu juga diberikan jika di dalam kawasan D, pemain pertahanan menghalang pergerakan pemain lawan yang ingin membuat jaringan.
·         Penalti akan diberikan kepada pemain jika terdapat perlakuan kasar di antara mereka. Pengadil mungkin memberikan balingan 9 meter percuma kepada pasukan yang menyerang, atau jika or if the infraction was during a clear scoring opportunity, balingan penalti pada jarak 7 meter dari gol diberikan. Dalam kes yang lebih ekstrem, pemain tersebut akan diberikan kad kuning (tanda amaran), 2 minit penalti, atau kad merah (disingkir dari permainan). Terdapat juga pemain yang terus diberikan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lain tanpa diberikan amaran (kad kuning).
·         Jika pemain mencela atau memprotes keputusan pengadil, sama ada menyentuh dengan tujuan menolak atau dengan bahasa kasar, atau sekiranya pemain menendang atau memukul pemain lawan, pengadil boleh mengarahkannya keluar dari gelanggang.


sumber:http://www.scribd.com/doc/13983635/Sejarah-Bola-Baling

1 comment: