UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 28 June 2011

ISOTONIK UNTUK ATLET ( BAHAGIAN 3 )

Lazimnya, air kencing pada awal pagi adalah lebih pekat berbanding pada waktu-waktu lain memandangkan kita tidak minum air semasa tidur. Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan badan, kurang air dikumuhkan dan oleh itu, air kencing menjadi lebih pekat. Dan sekiranya peningkatan pengambilan pelbagai sumber cecair, air kencing yang pada mulanya pekat boleh menjadi cair manakala warnanya kekal jernih. Untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi seseorang itu harus meminum pelbagai jenis cecair seperti air, jus, minuman isotonik, minuman soya dan susu dalam jumlah yang dibenarkan.
Perpeluhan dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindakbalas untuk membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37°C. Elektrolit pada dasarnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Anda boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti Natrium, Kalium, Kalsium, Magnesium, Klorida, Fosfat, Sulfat.
Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan andai berlaku sedikit perbezaan. Adalah disarankan untuk kita menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.
Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel. Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing. Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu, ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.
Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot. Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan. Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium jarang ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin
mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.
.
              Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh anda dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan. Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah dan masalah akan timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.

Hidrasi bermakud perpeluhan  yang berlaku semasa bersenam disebabkan kehilangan keperluan elektrolit atau garam mineral seperti natrium, kalsium, kalium, magnesium dan klorida. Penggantian elektrolit boleh membantu penghidratan dan membantu seseorang itu daripada mengalami kesan – kesan negatif penyahidratan seperti kekejangan otot, keletihan dan sakit kepala.

Cecair merupakan komponen awal dalam diet seseorang atlit.  Penggantian cecair selepas bersenam atau bersukan  adalah sangat penting.
Matlamat penghidratan semula adalah untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang di dalam badan, dalam keseimbangan yang betul. Minuman isotonik dirumus khusus untuk meningkatkan penghidratan serta mengoptimumkan prestasi fizikal. Kajian-kajian menyokong faedah meningkatkan prestasi hasil pengambilan minuman isotonik bagi senaman yang berlangsung sekitar lebih kurang 30 minit. Meminum minuman isotonik selepas bersenam turut menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen (karbohidrat yang terdiri daripada rantai-rantai bercabang unit glukosa). Jumlah karbohidrat yang hadir di dalam minuman tenaga (misalnya 10 hingga 12 peratus) adalah bersamaan dengan minuman ringan dan jauh lebih tinggi berbanding minuman isotonik (biasanya di antara enam hingga lapan peratus seperti mana yang disarankan oleh Garis Panduan Antarabangsa).
Natrium merupakan elektrolit yang penting di dalam minuman isotonik. Ia membantu mengoptimumkan penghidratan dan mengekalkan rasa dahaga. Minuman isotonik dirumuskan dengan campuran karbohidrat dan natrium yang tepat
untuk penghidratan dan rasa yang optimum. Minuman tenaga, tidak seperti minuman isotonik boleh jadi mengandungi kafeina atau guarana yang diuretik yang mana boleh menambah penghasilan air kencing dan meningkatkan risiko penyahhidratan. Sesetengah minuman tenaga juga mungkin mengandungi ginseng, gingko biloba, asid amino taurina dan inositol iaitu sejenis alkohol gula yang tidak terbukti kesahihannya dalam mengekalkan penghidratan.

Bersambung...................

No comments:

Post a Comment