UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Sunday 26 June 2011

Adaptasi fisiologi yang boleh diperolehi daripada kaedah Latih Tubi

1.        PEMANTAPAN SISTEM TENAGA
Kaedah latih tubi juga memberi adaptasi terhadap sistem tenaga dominan iaitu sistem tenaga anaerobik. Melalui latihan, sistem ini dapat dilatih menjadi lebih efisien ini kerana latihan yang berulang-ulang kali memaksa sistem ATP-PCr diaktifkan oleh itu, lebih banyak ATP yang boleh dijana kadar dan pengantian semula semasa rehat juga meningkat. Lebih banyak ATP yang boleh dijana kadar pengantian semula semasa rehat juga meningkat. Kaedah latih tubi adalah latihan aktiviti jangka masa pendek dan intensiti yang tinggi dan ikuti dengan masa rehat digunakan untuk melatih sistem PCr. Adaptasi yang berlaku ialah peningkatan dalam enzim aktiviti ATP-PCr iaitu cratine kinase menjadikan sistem ATP-PCr lebih efisien. Kaedah latih tubi juga meningkatkan aktiviti enzim-enzim glikolisis sebanyak 10% hingga 25% seperti enzim phosphorylase, phosphofructokinase dan lactate dehydrogenase. Toleransi terhadap ambang asid laktik juga berlaku adaptasi dimana, otot lebih bertoleransi terhadap pengumpulan asid laktik dalam darah dan otot. 

2.    MEMPERCEPATKAN PENGAKTIFAN REFLEKS REGANGAN
Melalui kaedah latih tubi juga, pengaktifan refleks regangan yang lebih cepat membantu fasa strech-shortening cycle menjadi lebih efisien kerana strech-shortening cycle ini dapat diaktifkan dengan cepat. Dengan pengaktifan strech-shortening cycle tubuh akan dapat menjana daya yang lebih besar dalam halaju yang labih tinggi. Fasa regangan yang selalu dilakukan ketika otot melakukan konsentrik dalam pergerakan yang mana, pergerakan yang pantas diperlukan. Ini akan dapat membantu meningkatkan pengaktifan keseluruhan otot dan mengunakan tenaga elastik yang boleh di simpan dalam komponen elastik otot seperti tendon, tisu penghubung dan protein intra-muscular. Ini kerana, otot menyimpan dapat menyimpan lebih tenaga elastik. Ia kemudiannya boleh dipindahkan dari esentrik atau fasa pemanjangan kepada konsentrik atau fasa pemendekan dengan lebih pantas dan meningkatkan kepantasan pergerakan. Apabila otot diregang sebelum kontraksi, ia akan berkontrasi dengan kekuatan daya yang lebih. Dan proses ini menjadi kunci kepada penjanaan kuasa secara maksimum.

3.    PENINGKATKAN AMBANG BEBAN KERJA OTOT
Satu lagi adapatsi yang diperolehi melalui kaedah latih tubi ialah peningkatan dalam ambang kerja otot. Kaedah latih tubi meningkatkan beban regangan ke atas otot bekerja dengan mekanisme merencat sistem neuromuscular. Dimana, golgi tendon organ (GTO) iaitu reseptor otot yang merangsang respon relaksasi otot bagi mengelakkannya cedera, akan direncat. Golgi tendon organ ini akan teransang dengan regangan atau kontraksi terlampau kuat yang melebihi ambang beban kerja otot iaitu melebihi bebanan kerja yang dapat diterima oleh tulang dan tisu penghubung dan ini menyebabkan neuron motor kepada otot direncat dan fenomena ini dikenali sebagai ‘inverse strech reflex’ (ISR).  Dengan latihan, impuls perencat ini akan berkurangan secara beransur-ansur dan membolehkan otot mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi. Oleh itu, otot akan menjadi lebih bertoleransi terhadap peningkatan beban.

4.    MEMAKSIMUMKAN UNIT MOTOR YANG DIREKRUT
Kaedah latih tubi  yang melibatkan kekuatan beban esentrik yang dilakukan dalam masa yang singkat memaksa tubuh untuk merekrut lebih banyak fiber otot. Adapatasi fisiologi yang berlaku ialah peningkatan maksimum dalam merekrut unit motor yang menyebabkan peningkatan dalam unit motor yang beraktivasi. Oleh kerana berlakunya peningkatan dalam proses merekrut unit motor maka ia membolehkan fast twitch fiber diransang lebih awal. Ini kerana, daya yang besar diperlukan untuk mengaktivasikan fast twitch fiber berbanding slow twitch fiber dan daya yang besar ini diperlukan untuk mengatasi ambang aksi potensinya. Pengaktivasian fast twitch fiber dengan cepat mampu memberi kuasa eksplosif kepada otot kerana fast twitch fiber diperlukan untuk menjana daya yang besar.

5.    PERTAMBAHAN JUMLAH FAST TWITCH  FIBER YANG DIAKTIFKAN
Ciri-ciri biokimia dan fizikal fast twicth fiber sesuai untuk prestasi berintensiti tinggi, short-duration dan senaman yang bergantung kepada metabolisme aerobic untuk menjana tenaga. Antara ciri-ciri fast twicth fiber yang memberi faedah untuk power ialah FT fiber mempunyai aktiviti Myofibliar ATPase (myosin ATPase) iaitu enzim yang membantu pemecahan ATP dan membebaskan tenaga untuk kontraksi otot. Fast twicth fiber dapat memendek dengan kepantasan kontraksi yang tinggi dan mengalami relaxing dengan cepat. Fast twicth fiber juga mempunyai tahap ATP yang tinggi dan simpanan intramuskular kratin fosfat serta aktivi enzim glikolitik yang tinggi. Kesemua ciri-ciri ini membolehkan fast twicth fiber menjana daya yang tinggi dalam masa yang singkat.


Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

No comments:

Post a Comment