UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday, 16 June 2011

KAEDAH LATIHAN ( FATLEK )

LATIHAN FARTLEK

Latihan Fartlek mula diperkenalkan oleh seorang jurulatih Sweden bernama Gosta Helmer. Latihan jenis ini berdasarkan pelbagaian kelajuan atau satu sistem latihan daya tahan yang bermaksud “speed play” di mana seseorang individu itu memerlukan daya tahan dan ketabahan.

KEBAIKAN LATIHAN FARTLEK

1. Latihan ini dapat memenuhi keperluan dari segi intensi ulangan, kekerapan dan rehat.
2. Perubahan dan fasa larian akan melambatkan kelesuan.
3. Objektif untuk daya tahan kardiovaskular tercapai dalam masa yang singkat.
4. Tempat latihan berdasarkan kemudahan semulajadi.
5. Boleh diubah-ubah mengikut keperluan jenis sukan, masa, kebolehan peserta dan kesukaan mereka.
6. Tidak menjemukan.

SISTEM TENAGA

Sistem tenaga yang digunakan dominan aerobik.

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN.
1.     Jangan lari hingga tak terdaya.

2.     Jangan berehat hingga 100%.
3.  Aktiviti yang dirancang hendaklah berkaitan dengan aktiviti yang boleh memastikan tekanan darah pada tahap 120/140 d.s.m.

KAEDAH LATIHAN/PERLAKSANAAN.
1.     Memanaskan  badan dahulu sebelum memulakan latihan.
2. Individu  boleh berlari mengikut rentak sendiri, boleh ubah kelajuan mengikut kehendak sendiri.
3.  Larian ini meliputi larian anak, lari pecut, skipping, lari “stride”, berjalan dan lain-lain cara yang boleh dipelbagaikan.
4.   Perlu diingat berlatih jangan sampai ke peringkat lesu, berehat pula jangan sampai segar semula.
5.  Tempat yang sesuai ialah di kawasan-kawasan yang berbeza seperti tanah   lapang, tepi pantai, kawasan lombong dan sebagainya.
6. Tidak ada jarak ditentukan hanya terpulang kepada keupayaan individu (induvidualized programme)
7.    Latihan Fartlek memerlukan disiplin yang tinggi.
8.    Jarak anggaran ialah antara 5 hingga 10 km atau dalam masa 45 minit.


Berikut adalah contoh Latihan Fartlek yang boleh  dijalankan;

Peserta akan bermula dari A. Lari pecut ke B. Lari pecut ke C dan berjogging ke A. Jarak pancang boleh diubah-ubah mengikut keperluan dan kebolehan individu. Pada pusingan ke dua, peserta akan berlari pecut ke E dan berjogging balik ke A, lari pecut ke D dan balik berjogging dan seterusnya hingga tamat. Latihan ini boleh dilakukan di gelanggang permainan. 

Jumlah ulangan dan set adalah bergantung kepada tahap kemampuan peserta. Untuk mengetahuinya, kita perlu menyukat Kadar Nadi Latihan(KNL) selepas satu ulangan atau satu set. Kita perlu juga tetapkan kadar kelajuan peserta samada 70% maksimum, 80% maksimum dan sebagainya mengikut masa sasaran jumlah masa setiap ulangan. Latihan ini boleh dilakukan di luar trek atau dalam gelanggang. Gunakan laluan untuk acara
merentas desa. 

Perhatian :
·         Memanaskan badan dahulu sebelum memulakan aktiviti.
·       Aktiviti-aktiviti di atas boleh dijalankan dengan anggaran jarak 5 hingga 10 km atau mengambil masa 45 minit.
·         Latihan yang dicadangkan di atas dijalankan seminggu sekali.

PENUTUP

Sebagai guru atau jurulatih, semasa hendak menjalankan program Latihan Fartlek dan sebagainya, prinsip-prinsip latihan perlu diketahui bagi memberi kesan yang lebih kepada pelajar. Antara prinsip latihan adalah seperti berikut :-
·         Intensiti
·         Ulangan
·         Kekerapan
·         Progres
·          Pengkhususan
·         Variasi
·         Pengulangan.

1 comment:

  1. tahniah..teruskan usaha. harap gsport dapat memuatkan jenis2 latihan yg lain. saya akan sentiasa menyokong blog ini. syabas

    ReplyDelete