UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Sunday 19 June 2011

PEMAKANAN SUKAN

Keperluan Makanan Seimbang

      Nutrien Makanan

i)        Karbohidrat

Kumpulan makanan yang membekalkan tenaga kepada badan. Makanan yang mempunyai karbohidrat berasaskan tumbuh-tumbuhan. Bijiran ( roti, mee, bihun, tepung ), sayuran ( ubi, jagung , kekacang dan lain-lain ) dan buah-buahan ( oran, epal, pisang dan lain-lain ). Kumpulan makanan ini mengandungi karbohidrat dalam bentuk kanji atau gula ( sukros, glukos dan fruktos ).
Setengah makanan hasil tenusu seperti susu dan ais krim juga mengandungi gula dalam bentuk laktos.
Penghadaman makanan karbohidrat ini akan menghasilkan kumpulan gula ringkas – glukos, fruktos dan galaktos. Kumpulan ini akan di bawa melalui saluran darah ke organ dan tisu-tisu dalam badan terutamanya hati, otot, otak, sistem saraf pusat dan sel-sel lemak.
Sumber tenaga utama dalam bentuk glukos boleh digunakan oleh tisu-tisu otot atau disimpan dalam hati dan otot. Otak juga bergantung kepada glukos sebagai bahan api. Sekiranya kepekatan glukos jatuh di bawah paras normal (hypogyamia), individu tersebut akan mengalami pening-pening lalat, cepat marah dan bingung.
Karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting untuk atlit kerana kekurangan simpanan karbohidrat dalam badan akan menjejaskan prestasi atlit tersebut.
  
ii)        Protien

Kumpulan makanan yang kedua terbanyak dalam badan. Protein terdapat terutamanya dalam otot, tulang, rambut dan darah. Protein diperlukan untuk pertumbuhan badan.
Semua protein dibentuk daripada asid amino, bahan yang membina badan manusia. Makanan yang kaya dengan protein ialah telur, susu, ikan, ayam dan daging.
Atlit ramaja dan mereka yang sedang membesar memerlukan bekalan protein yang banyak, bukan sahaja untuk menggantikan tisu-tisu yang telah rosak malah memastikan kadar pertumbuhan badan yang berterusan dan optimum. Dalam sukan yang menggunakan kumpulan otot yang besar seperti ragbi, angkat berat, tinju dan lain-lain. Atlit-atlit ini perlu mengambil lebih protein untuk membina jisim otot mereka.

iii)            Lemak

Lemak diperolehi daripada sumber haiwan dan sayuran. Mentega, majerin, kekacang, daging dan setengah sayuran mengandungi lemak. Lemak dalam makanan kita mempunyai dua fungsi:
·         Melambatkan  proses penghadaman, membolehkan kita menikmati dan memperolehi kepuasan dari sajian makanan kita
·         Menyerap vitamin yang larut dalam lemak ( fat soluble )
Lemak dapat membekalkan tiga kali tenaga yang diperlukan kalau dibandingkan dengan karbohidrat.

iv)                Vitamin

Terdapat tiga belas vitamin yang diperlukan oleh badan setiap hari. Vitamin diperlukan untuk memastikan tindakbalas kimia berlaku dalam badan dan juga mengekalkan struktur badan. Jumlah yang diperlukan adalah sedikit sahaja tatapi kekurangan bekalan vitamin akan menjejaskan proses fisiologi tubuh.
Bekalan vitamin yang terbaik terdapat dalam bekalan makanan harian. Seseorang tidak perlu mengambil pil-pil vitamin yang banyak sebab individu tersebut mungkin akan mengabaikan makanan yang kaya dengan vitamin.

v)                Mineral

Terdapat lebih kurang dua puluh mineral yang diperlukan oleh badan dan semua mineral ini terdapat dalam diet makanan seimbang. Kalsium dan fosfat adalah dua jenis mineral yang membina tulang dan diperlukan lebih daripada mineral yang lain.

vi)                  Zat besi

Zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen oleh salur darah. Wanita yang mengalami kitaran haid/menstuasi akan mengalami kehilangan zat besi. Oleh itu atlit wanita memerlukan dua kali ganda bekalan zat besi daripada atlit lelaki yang sama umur.

vii)                Air

Air mewakili 50 –70 % daripada berat badan seseorang individu. Individu yang kurus akan mempunyai kandungan air yang lebih daripada orang genuk. Air adalah bahan yang  paling penting dalam badan sebab ia adalah behantara dan asas kepada semua tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan. Darah, lunifa, cecair yang menyelubungi sel terdiri dari air. Seseorang boleh hidup untuk beberapa minggu tanpa makan tetapi hanya untuk 2 – 3 hari sahaja tanpa air.
Sumber air selain daripada air itu sendiri, 60% didapati dari buah-buahan dan sayuran dan 33% daripada bijirin. Air hilang dari badan kita melalui kencing, peluh dan juga hasil proses pernafasan. Oleh itu, kita perlu sentiasa membekalkan badan kita dengan air setiap masa.

Sumber: Buku Sumber Sains Sukan.

1 comment:

  1. maklumat yang brguna untuk di guna pkai untuk khidupan seharian...

    ReplyDelete