UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 13 June 2011

Sejarah Badminton


   Permainan badminton telah dicipta sejak sekian lama. Ia satu bentuk permainan yang dimainkan oleh orang Greek dan Mesik kuno. Istilah badminton datangnya dari permainan kanak-kanak yang dipanggil battledore dan shuttlecock, ia dimainkan dengan dua pemain akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan bulu tangkis ini dikatakan berasal dari Greek kuno sejak 2000 tahun yang lalu. Ia menular ke India, kemudiannya ke timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.

            Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’. Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan nama rasminya.
            Pada tahun 1877, Kelab Badminton Bath iaitu kelab badminton yang pertama di dunia ditubuhkan, telah menulis peraturan pertama permainan badminton. Bagaimanapun, Persatuan Badminton England yang telah ditubuhkan pada tahun 1893 telah mengambil alih autoriti Kelab Badminton Bath untuk membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang. Ia juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang dikenali dengan nama ‘Dunbar’ yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga telah memulakan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang merupakan kejohanan badminton pertama di dunia pada tahun 1899.
            Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan Seluruh England itu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia Kedua.
Persatuan Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa sukan badminton pada tahun 1981.
Pada bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.

            Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Gelanggang
·         Gelanggang indoor atau outdoor.
·         Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain.
·         Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang.

Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Bergu lelaki
·         Bergu wanita
·         Bergu campuran

Peralatan
·         Jaring
·         Raket (ringan)
·         Bulu tangkis


Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)

Cara Permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.
·         Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
·         Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata.
·         Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.
·         Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai setting yang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri.


Kemahiran Asas Badminton
  • Terdapat dua cara memegang raket:
    • Pegangan hadapan
    • Pegangan kilas

  • Pukulan Servis
    • Servis Rendah
      • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
      • Ayun raket ke belakang.
      • Siku bengkok hampir ke badan.
      • Tangan kiri pegang bulu tangkis.
      • Lepaskan bulu tangkis.
      • Ayun raket pantas ke hadapan.
      • Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
      • Pandang ke sasaran.
      • Ikut lajak.

o   Servis Flik
§  Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
§  Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.
o   Servis Tinggi
§  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
§  Ayun raket tinggi ke belakang.
§  Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
§  Lepaskan bulu tangkis.
§  Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
§  Pandang bulu tangkis.
§  Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
§  Ikut lajak.

·         Pukulan Hadapan
o   Pandang bulu tangkis.
o   Ayun raket ke belakang.
o   Sebelah tangan lagi diluruskan.
o   Ayun raket dengan tangan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi.
o   Ikut lajak.

·         Pukulan Lob
o   Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.
o   Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

·         Pukulan Kilas
o   Pandang bulu tangkis.
o   Kaki kanan menyilang ke kiri.
o   Kilas raket separas bahu.
o   Pukul bulu tangkis.
o   Ikut lajak.
·         Pukulan Smesy
o   Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Caranya:
o   Pandang bulu tangkis.
o   Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
o   Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
o   Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
o   Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pantas.

2 comments:

  1. salam...ada ka berkaitan sejarah permainan yg lain? contoh tennis, renang, ping pong, dan sebagainya..rasanya setakat ni pun info bnyak memberi saya kemudahan. harap d tambah lg.tQ

    ReplyDelete
  2. salam..kalau ada info berkaitan futsal saya berminat..tolong masukan k. tQ

    ReplyDelete