UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 27 June 2011

ISOTONIK UNTUK ATLET ( BAHAGIAN 2 )

Walau bagaimanapun, minuman isotonic adalah sangat berbahaya jika diambil berterusan  kerana minuman ini mengandungi garam natrium klorida (NaCl). Ini menyebabkan cecair isotonic tidak ubah seperti larutan garam. Individu yang terlibat aktif dengan aktiviti fizikal digalakkan mengambil cecair ini kerana dapat menggantikan elektrolit – elektrolit yang sangat diperlukan oleh tubuh memandangkan elektrolit – elektrolit ini disingkirkan dengan banyak dari badan semasa proses perpeluhan yang banyak dan pembuangan air kecil. Individu yang tidak aktif perlu berhati – hati dalam pengambilan cecair ini kerana kandungan natrium dan kloridanya. Kuantiti natrium dan klorida yang berlebihan dalam badan bermaksud kuantiti garam berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan indvidu tersebut mengalami hypertension atau pun tekanan darah tinggi.

            Elektrolit – elktrolit yang disingkirkan boleh menyebabkan sel – sel rosak dan mati sekiranya tidak digantikan dengan segera. Selain daripada pengambilan cecair isotonic, elektrolit – elektrolit ini boleh diperoleh semula melalui bahan makanan. Bagi individu biasa, makanan yang diambil sehari – hari sudah cukup untuk menggantikan elektrolit yang hilang daripada badan. Ini kerana bahan masakan seringkali menggunakan garam disamping garam yang terkandung dalam bahan makanan itu sendiri. Garam dalam bahan makanan ini mengandungi natrium dan klorida yang dapat menstorkan kembali elektrolit yang telah hilang dalam badan. Oleh itu, individu yang tidak terlibat secara giat dalam sukan aktif tidak digalakkan untuk mengambil cecair isotonic kerana boleh mengundang risiko tekanan darah tinggi.

            Atlet sukan memerlukan kuantiti sodium yang sangat tinggi berbanding individu biasa iaitu antara 5 hingga 7 gram per hari. Sodium ini boleh diperoleh daripada bahan makanan. 1 ouns daging merah mengandungi lebihkurang 70 mg natrium manakala nasi pula boleh mengandungi sehingga 10 mg natrium.  Makanan lain sperti telur dan kekacang juga mengandungi natrium. Namun begitu, kuantiti sodium yang terdapat dalam makanan seringkali tidak mencukupi untuk atlet tersebut. Oleh itu, pengambilan cecair isotonic untuk atlet yang terlibat aktif dengan acara sukan adalah sangat digalakkan.

Perpeluhan merupakan cara badan mengekalkan suhu asasnya pada 37’ celcius.
Akibatnya, badan kehilangan cecair dan elektrolit (mineral seperti klorida, kalsium,
magnesium, natrium dan kalium) dan jika dibiarkan boleh mendorong kepada penyahhidratan dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba.
Kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil boleh memberikan kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum memasuki tubuh. Semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut seseorang individu. Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara 6 dan 8 % dikosongkan daripada perut pada kadar yang hampir sama dengan air. Elektrolit-elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, membolehkan cecair kosong daripada perut dengan cepat, ini menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.
Keosmolarian cecair adalah ukuran jumlah partikel-partikel di dalam rumusan. Didalam minuman, partikel-partikel ini akan terdiri daripada karbohidrat dan elektrolit. Dalam plasma darah, partikel-partikel akan mengandungi natrium, protein dan glukos. Minuman dengan keosmolarian 270 hingga 330mOsm/kg (sama dengan keosmolarian darah) yang seimbang dengan cecair badan, dipanggil isotonic. Minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat yang bertambah. Glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, minuman isotonik adalah mempunyai sumber karbohidrat dan  glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus.

Teh atau kopi mengandungi kafeina. Penyahhidratan adalah salah satu hasil yang
berkaitan dengan pengambilan kafeina secara berlebihan. Kafeina menjejaskan buah pinggang dengan bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing sekali gus meningkatkan kehilangan air dari badan. Teh dan kopi boleh menjadi sumber cecair. Bagaimanapun, ia tidak mengandungi elektrolit yang hilang menerusi peluh dan diperlukan untuk meningkatkan penghidratan semula. Adalah baik untuk mengambil minuman ini apabila status penghidratan kembali normal dalam jumlah yang disarankan.
Penghidratan yang mencukupi adalah penting bagi semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan cecair penghidratan semula bagi para atlet yang menyukai kesegaran rasanya..

Berdasarkan kajian, warna air kencing boleh mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan manusia, satu teknik diagnosis yang terlepas pandang. Bagi seseorang yang sihat, warna air kencing adalah dari hampir cerah ke kuning terang disebabkan oleh pigmen yang dikenali sebagai urokrom. Tetapi, apabila urokrom menjadi pekat, air kencing boleh bertukar menjadi kuning kehitaman atau coklat, menandakan sudah sampai masanya untuk minum. Ia merupakan petunjuk penghidratan yang boleh digunakan sebagai penanda sama ada minum air yang mencukupi, khususnya dalam cuaca yang panas lembap. Jika berpeluh dengan banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat kerana air kurang bersedia untuk membawa zat-zat terlarut. Jika pengambilan air ditingkatkan, pekatan akan menjadi cair secara automatik sekali gus menjadikan warna air kencing kembali normal. Tetapi, sekiranya mendapati air kencing masih berwarna kekuning-kuningan sekali pun selepas minum air dengan banyaknya, ada kemungkinan seseorang itu menghidapi penyakit kuning.

Bersambung..................... 

No comments:

Post a Comment