UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 30 June 2011

ISOTONIK UNTUK ATLET ( BAHAGIAN 5 )

Tidak kira apa jua tanggapan pelbagai pihak, minuman isotonik adalah lebih baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman. Bukan sekadar melegakan badan, malah minuman isotonik juga memberi tenaga tambahan. Ramai yang membuat tafsiran masing-masing mengenai kebaikan dan keburukan minuman isotonik sungguh pun mereka tidak mengetahui khasiat sebenar minuman tersebut. Antara keistimewaannya ialah mengelakkan seseorang daripada mengalami penyahidaratan terutama apabila kandungan air kurang dalam badan.

Terdapat dua faktor utama di dalam penyerapan cecair yang boleh memberikan kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum memasuki tubuh iaitu kepantasan cecair dikosongkan dari dalam perut dan kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil. Justeru, semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut.

Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam hingga lapan peratus akan dikosongkan daripada perut pada kadar yang sama dengan air biasa. Elektrolit-elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, sebaliknya ia membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan cepat dan menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.

Kajian juga mendapati, minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat. Selain itu, glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan, maka adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik di mana kandungan karbohidratnya terdiri daripada sukatan glukos antara enam hingga lapan peratus.

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak pula berpendapat, minuman isotonik sangat sesuai kepada mereka yang aktif dalam sukan. Adalah sangat perlu bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan badan mereka dalam keadaan terhidrat.

Minuman isotonik yang terdiri daripada kandungan air, gula dan elektrolit dalah sangat sesuai untuk semua golongan termasuk mereka yang berpenyakit. Bagi pengidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan semula cecair yang hilang. Adalah dinasihatkan juga bagi mereka yang menghidap diabetes supaya mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pelan makanan mereka selain mengamalkan gaya hidup sihat dan meminum minuman bertenaga.

Sememangnya minuman isotonik memainkan peranan penting dalam menjadikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan lembab atau hidrat. Lantaran itu, untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi, minumlah pelbagai jenis cecair seperti jus, minuman isotonik, soya, susu dan sebagainya. Meminum minuman isotonik selepas bersenam akan menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen.
Dengan itu, minuman pemberi tenaga merupakan pilihan terbaik untuk kebanyakan atlit yang inginkan tenaga dan pengihidratan yang luar biasa. Minuman ini mengandungi karbohidrat dan tumpuan elektrolit untuk badan kita. Dengan erti kata lain, mineral yang terdapat didalamnya boleh menyerap dengan cepat, disamping ia merupakan tenaga penting untuk pembakaran pada prestasi seseorang atlit

Dua faktor yang membantu prestasi seseorang atlet menjadi luar biasa iaitu tenaga dan penghidratan. 2 % cecair akan hilang semasa bersenam atau penyahidratan boleh memberi kesan pada prestasi seseorang atlit.

Badan kita mengandungi 60% air, untuk mencapai prestasi yang  baik, seseorang atlet perlu menyimpan cecair tubuh pada peringkat yang optimum. Apabila bersenam , peluh yang dikeluarkan boleh menyebabkan timbulnya kesan – kesan yang negatif akibat berlakunya penyahhidratan seperti sakit kepala, kekejangan dan keletihan. Minuman sukan merupakan satu minuman yang direkabentuk untuk membantu  seseorang atlet rehidrat , menambah elektrolit, karbohidrat serta nutrien lain yang boleh diambil sama ada setelah latihan atau pertandingan. Minuman sukan terbahagi kepada tiga iaitu minuman isotonik, minuman hipertonik dan minuman hipotonik. Minuman isotonik mengandungi molekul –molekul air dan nutrien lain yang menyerupai dalam badan manusia mengandungi, lazimnya 6 hingga 8 peratus kandungan gula. Minuman hipertonik pula ialah minuman yang mengandungi kadar gula yang lebih besar daripada badan manusia. Manakala minuman hipotenik pula ialah minuman sukan yang besar peranannya dan mengandungi kadar gula yang sedikit daripada badan manusia. Kebanyakan minuman sukan adalah isotonik dimana minuman ini mempunyai antara 13 hingga gram gula setiap 8 auns di gunakan. Minuman isotonik merupakan larutan yang mengandungi garam mineral yang sama dengan sel tubuh dan darah. Larutan ini memiliki tekanan yang sama dengan dinding pembuluh darah.  Apabila kita berpeluh , tubuh kita akan mengeluarkan sejumlah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh seperti natrium ( Na) dan klorida (CI). Minuman isotonik merupakan minuman yang bagi seseorang atlet kerana minuman ini mampu menggantikan mineral – mineral yang hilang dengan cepat. 

Sumber:
  1. Bookhout, Mark R., and Grenman, Philip. Principles of Exercise Prescription. Woburn, MA: Butterworth-Heinemann, 2001.
  2. Evans, E. M., R. E. Van Pelt, E. F. Binder, D. B. Williams, A. A. Ehsani, and W. M. Kohrt. "Effects of HRT and Exercise Training on Insulin Action, Glucose Tolerance, and Body Composition in Older women." Journal of Applied Physiology 90 (2001): 2033-2040.

2 comments:

  1. kelas jal, artikel yg menarik..walaupun dr striker yg tumpul hehe- man ginga

    ReplyDelete