UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday 22 June 2011

LATIHAN PARLAUF ( BAHAGIAN 1 )

PENGENALAN
Latihan adalah merupakan satu aktiviti sukan yang memakan masa yang lama, berprogresif dan digredkan satu persatu dengan tujuan untuk mempertingkatkan fungsi-fungsi fisiologi, anatomi dan psikologi atlet untuk meghadapi tugas yang berat dan mencabar.
          Tumpuan utama para jurulatih dalam sukan ialah prestasi mereka. Peningkatan prestasi yang bersinambungan adalah satu petunjuk tentang keberkesanan kejurulatihan. Dalam perkataan lain, peranan jurulatih yang utama di peringkat individu atau di peringkat kumpulan adalah untuk membantu atletnya menyempurnakan potensi atlet sebaik mungkin.
          Rancangan tahunan adalah berdasarkan konsep periodisasi (pembahagian sesuatu rancangan tahunan kepada fasa-fasa latihan) dan prinsip-prinsip latihan. Periodisasi adalah satu proses membahagikan rancangan tahunan kepada fasa –fasa latihan yang kecil untuk membolehkan sesuatu rancangan itu diagihkan kepada bahagian yang mudah dikendalikan dan untuk memastikan “pencapaian kemuncak” yang sesuai untuk pertandingan-pertandingan yang utama.

LATIHAN PAARLAUF
Latihan paarlauf atau “ lari berpasangan” secara asasnya dikendalikan hampir sama dengan lari berganti-ganti. Dalam latihan ini apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berlari, seorang lagi akan berehat secara aktif seperti berjogging. Latihan secara berpasangan ini akan menambahkan kerjasama antara pasangan ini atau kumpulan ketika melakukan latihan. 
    PRINSIP-PRINSIP LATIHAN PARLOUF
    Untuk memberikan kesan yang lebih baik supaya sesuatu program latihan kecergasan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, prinsip-prinsip latihan kecergasan adalah seperti berikut ;

    1. Intensiti
    Keperluan latihan terhadap sesuatu sistem tubuh hendaklah diberi perhatian mengikut objektif. Bahagian-bahagian tubuh badan yang hendak diberi penekanan latihan itu akan diberi tekanan daya yang lebih daripada biasa. Penekanan ini kita kenali sebagai “overload” semasa penekanan diberi kepada bahagian anggota tersebut , proses adaptasi fisiologi akan berlaku. Proses tersebut akan menghasilkan kecergasan. Berat atau ringannya sesuatu intensiti latihan adalah berdasarkan keperluan sesuatu jenis kemahiran sukan.
    1. Ulangan
    Menentukan ulangan/ set dalam satu dos latihan. Semakin banyak ulangan diberi, semakin cepat dan berkesan sesuatu latihan. Dengan yang demikian, kesesuaian fisiologi akan dapat diperolehi dengan kadar yang cepat dalam jangka masa tersebut tahap kecergasan dapat dicapai.
    1. Kekerapan
    Kekerapan latihan adalah berdasarkan jumlah sesi dalam sehari, mingguan atau bulanan. Semakin kerap aktiviti itu dijalankan akan memberi kesan yang lebih baik. Pertimbangan perlu diberi terhadap perkara ini. Latihan yang terlalu kerap akan menimbulkan rasa bosan. Ia juga adalah bergantung kepada tinggi atau rendah tahap intensiti. Sekiranya intensiti tinggi, kekerapannya perlu dikurangkan, supaya tidak mendatangkan kecederaan otot.
    1. Progres
    Mempunyai progres/ ansurmaju dan pertambahan yang menaik. Sama ada merancang untuk progres dari aspek intensiti, ulangan ataupun kekerapan. Segala pertambahan dalam latihan akan dapat membantu mencapai tahap kecergasan yang kita telah tetapkan pada peringkat awal.

    1. Pengkhususan
    Pengkhususan dalam merangka latihan hendaklah juga diambil perhatian yang tinggi. Pengkhususan hendaklah ditumpukan kepada keselarian dengan keperluan objektif yang hendak dicapai. Apakah jenis kemahiran yang hendak dicapai? Kumpulan otot manakah yang perlu diberi rangsangan? Kegagalan merangsang pengkhususan ini akan menyebabkan kegagalan mencapai pencapaian sepenuhnya.
    1. Variasi
    Oleh kerana sesuatu latihan adalah bersifat berterusan maka bentuk latihan berulang-ulang akan menimbulkan kebosanan dikalangan peserta. Apabila keadaan ini berlaku pembelajaran yang mendatar (plateau of learning), akan terjadi, yang boleh menjejaskan objektif. Oleh yang demikian variasi latihan perlu dibuat sama ada dari segi masa, tempat, ulangan atau kekerapan.
    1. Pengulangan
    Sesuatu jenis otot atau kumpulan otot yang telah diberi latihan atau rangsangan, kemudian diabaikan terlalu lama boleh menyebabkan penguncupannya tidak lagi ketahap optima. Ia perlu diberi latihan pada masa yang lain dengan latihan jenis yang sama. Dengan cara ini, penguncupannya masih boleh berlaku sebagaimana yang dikehendaki.

    LATIHAN KELAJUAN (SPEED TRAINING)
    Salah satu keupayaan biomotor yang amat penting yang diperlukan dalam sukan ialah kelajuan atau kapasiti individu / atlet untuk bergerak dengan pantas untuk bergerak secepat mungkin. Dari sudut mekanikal kelajuan ditakrifkan melalui nisbah antara ruang dan masa. Istilah kelajuan melibatkan tiga elemen iaitu :
    1. Masa reaksi
    2. Frekuensi pergerakan dalam per unit masa
    3. Kelajuan untuk bergerak bagi jarak yang diberikan.

    Kolerasi antara jenis sukan yang berkaitan dengan tiga elemen ini seperti acara pecut sama ada secara individu atau berpasukan. Sehubungan dengan itu, dalam acara pecutan, hasil akhirnya bergantung kepada reaksi atlet pada permulaan kelajuan pergerakan keseluruhan perlumbaan (iaitu daya populasi) dan frekuensi langkahnya.
              Oleh yang demikian latihan kelajuan perlu bagi acara sukan yang memerlukan kelajuan dalam melakukan sesuatu aktiviti atau latihan.
    Menurut Ozolin (1971) kelajuan dapat dibahagikan kepada dua jenis :
    1. Kelajuan umum di didefinisikan sebagai kapasiti keupayaan untuk melakukan pergerakan (reaksi motor) dalam keadaan pantas. Kedua-dua persediaan fizikal yang umum dan spesifik menggalakkan kelajuan umum.
    2. Kelajuan khusus pula merujuk kepada kapasiti untuk melaksanakan sesuatu latihan atau kemahiran pada kelajuan yang ditetapkan, dan biasanya pada tahap yang tinggi. Kelajuan khusus spesifik untuk sesuatu latihan dibentuk melalui cara yang spesifik yang diterangkan secara ringkas dalam tugasan ini. Apa saja kelajuan yang diperlukan pemindahan positif tidak boleh dijangka kecuali struktur pergerakan. Kinematik dan dinamik adalah menyamai corak kemahiran tersebut. Kelajuan maksima seseorang pelari tidak dicapai secara mendadak tetapi selepas pecutan sekurang-kurangnya pada jarak 30 meter. Speedogram (presentasi grafikal kelajuan seseorang pada jarak yang diberikan) menunjukkan kelajuan maksima dicapai selepas jarak 40 meter atau 5 saat selepas permulaan ( Zatzoyrski 1980) dan boleh dikekalkan secara tetap sehingga jarak 80 meter. Dari jarak itu dan seterusnya, ia berkurangan disebabkan oleh kelesuan sistem saraf pusat ( Harre, 1982 ). Peningkatan seterusnya dapat dicapai hanya dengan memperbaiki kuasa, daya tahan kelajuan dan daya tahan kuasa.

    Bersambung.....................

    No comments:

    Post a Comment