UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 13 June 2011

Pendidikan Luar

Persiapan Awal


1. Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu.

2. Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi.

3. Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak.

4. Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.

5. Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat.

6. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan 
supaya tidak berlaku kesulitan.










Pembentukan Jawatan Kuasa

1. Pembentukan Jawatankuasa Induk – sebagai penggerak perancangan awal. Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan seperti berikut:-

a. Penaung
b. Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari

2. Perlantikan Jawatankuasa Kerja – Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan dengan bidang masing-masing seperti:-

a. JK Pengangkutan
b. JK Peralatan
c. JK Makanan
d. JK Tugas-Tugas Khas
e. JK Penempatan
f. JK Keselamatan
g. JK Program
h. JK Aktiviti
i. JK Laporan dan Rekod

Penyediaan Kertas Kerja

Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:-

a. Tajuk
b. Tarikh
c. Matlamat
d. Objektif
e. Plan tindakan
f. Pengisian Program
g. Sumber tenaga
h. Sumber kewangan
i. Kawalan
j. Penilaian








Definisi

Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.


2. Falsafah

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.

3. Matlamat

1. Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat ‘ humanization of education’. Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.

2. Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.



sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_luar_sekolah

1 comment:

  1. asalamualaikum...d harap Gsport dapat memberi info berkaitan pekara2 penting semasa dalam situasi cemas dalam hutan @ semasa membuat aktiviti kembara hutan. lau ada share2 k. thanks...

    ReplyDelete