UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday 27 June 2011

ISOTONIK UNTUK ATLET ( BAHAGIAN 1 )

Cecair memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan badan kita dalam keadaan yang terhidrat tidak kontang atau kering, sepanjang masa. Kita sering mengabaikan pengambilan cecair sehinggalah menyebabkan penyahhidratan berlaku. Sehinggalah berpeluh dan mulut menjadi kering, kita mungkin tidak banyak memikirkan tentang cecair atau bendalir. Mewujudkan pelan cecair sebagaimana pelan pemakanan sihat adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Pengambilan cecair boleh berubah-ubah dari air, jus buah-buahan atau sayur-sayuran, minuman isotonik, susu serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang sarat mengandungi air.

Terdapat pandangan yang berbeza-beza tentang keperluan cecair di dalam tubuh badan manusia. Adalah dianggarkan, orang dewasa kehilangan kira-kira satu hingga dua liter cecair sehari menerusi perpeluhan, pembuangan air kecil dan besar serta pernafasan. Kita hilang lebih banyak cecair jika kita seorang yang aktif bersukan secara fizikal.
Dalam pada keperluan individu yang pelbagai, bergantung kepada berat badan, iklim dan tahap aktiviti yang dilakukan, secara umumnya kita disarankan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas (240 ml segelas) bersamaan dua liter air, dalam sehari.

Badan kita mengandungi sehingga tiga suku cecair. Itulah sebabnya, perlu untuk kita mengekalkan tahap pengambilan cecair yang memadai untuk badan kita. Setiap bahagian dalam tubuh kita, dari sel seseorang individu hinggalah ke sistem peredaran seluruhnya, adalah bergantung kepada cecair. Buah pinggang kita yang menapis bahan-bahan yang tercemar dari aliran darah kita dan mengumuhkannya melalui air kencing, memerlukan minimum satu liter cecair untuk berfungsi dengan lebih sempurna. Tanpa cecair, seseorang boleh mati dalam tempoh tiga hari sedangkan kita masih boleh hidup sehingga lapan minggu lamanya tanpa makanan. Begitulah jika hendak digambarkan betapa pentingnya untuk mengekalkan badan dihidrat.
           
            Air merupakan komponen paling penting dalam kehidupan manusia. Sebanyak 60% daripada berat manusia terdiri daripada sebatian ini tetapi ia bergantung kepada komposisi tubuh dan lemak seseorang. Individu yang terlibat secara aktif dalam mana – mana acara sukan memerlukan lebih banyak air dalam komposisi tubuhnya berbanding dengan individu yang tidak bergiat aktif dalam sukan. Air ini digunakan untuk proses metabolisme sel, proses pembakaran tenaga, pernafasan, dan juga perkumuhan. Oleh itu, pengambilan air yang secukupnya adalah sangat penting bagi individu yang terlibat aktif dalam acara sukan.

            Sel – sel otot dan organ – organ yang terdapat pada badan manusia seperti paru – paru dan jantung merupakan pengguna air yang paling banyak memandangkan aktiviti – aktivitit berat yang dijalankan oleh sel – sel ini. Sebaliknya, sel – sel yang menggunakan air yang paling sedikit pula ialah sel – sel jaringan seperti tulang dan gigi. Air merupakan juzuk terpenting dalam semua hidupan memandangkan fungsinya sebagai keperluan utama bagi hidupan – hidupan ini unutk menjalankan fungsi kimianya atau pun fungsi biologi dan fisiologinya. Manusia hanya akan dapat bertahan selama beberapa hari sahaja tanpa pengambilan air.

            Air berfungsi sebagai pengawalatur suhu badan manusia. Apabila seseorang individu itu melakukan senaman, nutrien – nutrien seperti karbohidrat, lemak, dan protein akan di bakar untuk menghasilkan tenaga agar sel – sel otot mendapat bekalan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti. Pembakaran nutrien – nutrien ini seterusnya akan menaikkan suhu badan disebabkan oleh kehadiran gas karbon dioksida dalam badan. Apabila kenaikan suhu badan ini dikesan oleh termoreseptor, badan akan berhomeostasis untuk memastikan suhu badan tidak naik ke tahap yang membahayakan. Ketika ini, arteri darah akan melebar dan membenarkan darah mengalir di permukaan kulit. Ini menyebabkan air dalam badan disingkirkan keluar dalam bentuk peluh. Perpeluhan inilah yang membantu menstabilkan suhu badan individu tersebut kembali. Hal ini sangat berguna kepada atlet terutamanya atlet yang menyertai acara sukan di kawasan terbuka kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu atlet mengelak daripada risiko stress haba dan strok haba.

            Selain itu, air juga mempunyai fungsi – fungsi yang lain. Selain daripada menstabilkan suhu badan manusia, air juga membantu mengekalkan kecairan darah agar darah tidak terlalu pekat. Ini memudahkan pengaliran darah untuk penghantaran oksigen ke sel – sel otot dan penghantaran gas karbon dioksida ke paru – paru untuk disingkirkan. Air juga merupakan komponen utama yang membantu perkumuhan seperti melalui air kencing dan peluh. Ini banyak membantu badan dalam menyingkirkan partikel yang tidak diperlukan oleh tubuh seperti bahan toksik disamping mengawal paras gula dan garam dalam darah.

            Setiap individu dimestikan mengambil air pada kuantiti yang secukupnya.  Untuk menjaga kesihatan dan memastikan fungsi biologi dan fisiologi tubuh berada pada tahap yang optimum, setiap individu disarankan untuk mengambil 8 – 12 gelas air sehari. Ini adalah untuk menggantikan air dalam badan yang hilang akibat proses yang dilakukan oleh badan seperti perpeluhan, pernafasan, pencernaan, dan pembuangan air kecil. Apabila kuantiti air dalam badan kurang, mekanisme haus akan memainkan peranannya. Mulut dan esophagus akan berasa kering dan hormone aldosteron akan dirembeskan dan seterusnya mempengaruhi tubuh untuk minum. Apabila paras air dalam kuantiti badan telah kembali ke paras yang normal, mekanisme haus ini akan terhenti. Selain itu, ginjal melalui peranan hormone aldosteron turut membantu badan mengawal paras air dalam badan.

            Kekurangan air boleh menyebabkan individu dilanda pelbagai komplikasi. Salah satu komplikasi yang sering terjadi adalah dehidrasi. Dehidrasi berlaku apabila kuantiti air dalam badan tidak cukup untuk menampung segala aktiviti sel – sel badan. Atlet merupakan salah satu mangsa utama komplikasi ini berikutan aktiviti sukan yang berat ditambah dengan kuantiti air yang kurang dalam badan atlet tersebut. Hal ini menjelaskan mengapa atlet dalam mana – mana acara sukan digalakkan mengambil air dalam kuantiti yang banyak terutamanya pada periodisasi latihan. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan individu mengalami kekejangan otot dan stress haba kerana tubuh manusia tidak dapat menyingkirkan haba yang berlebihan dalam badan akibat pembakaran makanan semasa aktiviti berat dilakukan. Kegagalan badan untuk mengawal suhu badan ini menyebabkan suhu badan meningkat dengan mendadak dan seterusnya menyebabkan stress haba berlaku.

            Selain daripada pengambilan air biasa (air mineral), atlet juga sangat digalakkan mengambil minuman isotonic. Antara minuman isotonic yang kerap kali digunakan oleh atlet adalah 100 Plus dan Livita. Minuman isotonic merupakan salah satu bahan ergogenik yang sering kali digunakan oleh mana – mana atlet tidak kira apa acara sekali pun. Minuman ini sangat sesuai kepada atlet kerana ia memberikan faedah langsung kepada atlet dengan mengglakkan penghidratan semula berlaku pada kadar yang segera. Minuman isotonic ini mengandungi ion – ion seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat, dan air. Partikel – pertikel ini merupakan bahan – bahan elektrolit yang merupakan pemancar aktiviti elektrikal dalam badan manusia seperti aktiviti action – potential dan transmisi impuls. Peluh yang tersejat dari permukaan kulit manusia mengandungi banyak partikel – partikel ini. Kemerosotan dalam kuantiti partikel – partikel ini dalam badan boleh menyebabkan otot kehilangan keupayaan untuk mengembang dan menguncup dan seterusnya mengundang kepada masalah kekejangan otot. Selain itu, kehilangan elektrolit dalam badan pada kuantiti yang berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi dan lebih teruk lagi, strok haba.

            Badan manusia akan melakukan pengawalan dalaman elektrolit – elektrolit ini secara semula jadi dalam mengekalkan keseimbangannya sekiranya berlaku perubahan – perubahan kecil dalam kuantiti elektrolit dalam badan. Oleh itu, penghidratan semula dapat berlaku pada kadar yang cepat. Kadar pengosongan perut semakin rendah apabila tahap karbohidrat dalam minuman tersebut semakin tinggi. Cecair isotonic yang mengandungi enam hingga lapan peratus karbohidrat dikosongkan dari perut pada kadar yang sama pantas dengan air. Elektrolit, terutamanya natrium dan kalium membantu mengurangkan kuantiti air dalam air kencing. Ini menyebabkan pengosongan cecair dalam perut berlaku dengan pantas. Hal ini kemudiannya menggalakkan penyerapan semula usus dan pembendungan cecair dalam badan.


Bersambung......................

No comments:

Post a Comment