UMS Sport Science

Ums Sport Science Slideshow: Gsport’s trip from Tawau, Sabah, Malaysia to 2 cities and Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday, 29 June 2011

BOLA BALING ( BAHAGIAN 1 )

PENGENALAN

Bola baling merupakan suatu permainan yang baru, malah mungkin masih ada di antara kita yang belum pernah melihat permainan ini dimainkan. Media masa kita tidak pernah memberikan sebarang pendedahan terhadap permainan ini. Tidak ada pertandingan besar yang mampu menarik minat dan penglibatan rakyat Negara ini. Ketiadaan penglibatan pasukan Negara dalam pertandingan antarabangsa, menjadikan sukan ini langsung tidak diendahkan oleh peminat sukan Negara ini amnya. Akibatnya tinggallah sukan ini sekadar merupakan salah satu permainan yang hanya dimainkan oleh pelajar dan murid sekolah dan juga maktab atau universiti.
Di peringkat antarabangsa atau dunia, bola baling masih belum menonjol. Orang ramai masih belum didedahkan dangan permainan ini. Tidak banyak perjumpaan antarabangsa memasukkan sukan ini sebagai salah satu acaranya. Akibatnya orang ramai mengambil sikap ‘mendiamkan diri’ terhadap permainan ini.. Walaupun dari segi permulaannya permainan ini sudah lama muncul. Jika dilihat dari segi usia permainan ini, sudah sepatutnya menjadi permainan yang benar-benar bersifat antarabangsa, yang seharusnya dimainkan oleh kebanyakan Negara-negara di seluruh dunia.
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTZARuDzFugfUBjP0QeFYOxGayeJbtVKJ_MDKp4rELPsN4h8zZD strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTZARuDzFugfUBjP0QeFYOxGayeJbtVKJ_MDKp4rELPsN4h8zZDdi peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTZARuDzFugfUBjP0QeFYOxGayeJbtVKJ_MDKp4rELPsN4h8zZD http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTZARuDzFugfUBjP0QeFYOxGayeJbtVKJ_MDKp4rELPsN4h8zZDSEJARAH PERMAINAN

         Mengikut kebanyakan buku tentang sejarah permulaan sukan dan permainan, pada permulaan abad ke 20 ini terdapat banyak sukan dan permainan yang merupakan pencetus kepada permainan bola baling. Antaranya termasuklah Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korfball dan Raffbold di Jerman. Selain itu terdapat juga pihak-pihak lain yang berpendapat serta mendakwa bahawa permainan bola baling sebenarnya berasal dari enegara lain. Ini termasuklah dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak di Rusia yang mengatakan bahawa permainan bola baling dengan tujuh pemain sebelah diperkenalkan di salah sebuah negerinya, Kharkov oleh rakyatnya bernama Edward Maly pada tahun 1909.
Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine.
Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun 1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan baru tersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan Austria pada tahun 1930.
            Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun yang sama, Kesatuan  Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah menjadi juara.
Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu. Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF.

Bersambung................ 

LARI PECUT

PENGENALAN LARI PECUT

Jika dibandingkan dengan acara-acara lain, lari pecut ialah larian terpantas dalam sukan olahraga. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

Sumber : Buku sumber ( olahraga ) Sains Sukan.